カテゴリー 全て - akhlak - akidah - syariah

によって Elia Khairil Annuar 8年前.

2506

CIRI-CIRI KESTIMEWAAN TAMADUN ISLAM

Tamadun Islam menekankan keseimbangan dalam semua aspek kehidupan melalui konsep tawazun. Ini termasuk keperluan untuk menunaikan ibadah serta mengejar rezeki di muka bumi. Islam juga mengamalkan prinsip wasatiyyah, iaitu kesederhanaan dalam kehidupan harian, akhirat, dan pemakanan, sambil menolak ekstremisme.

CIRI-CIRI KESTIMEWAAN TAMADUN ISLAM

CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN TAMADUN ISLAM

SYUMUL

Hassan al-Banna berkata bahawa Islam sebagai risalah yang panjangnya meliputi semua zaman,luasnya mencakupi lapisan umat dan dalamnya sehingga merangkumi semua persoalan dunia dan akhirat.
Allah memiliki sifat kesempurnaan dan pengetahuan tanpa batasan
Islam adalah agama yang sempurna,menyeluruh serta mencakupi segala aspek kehidupan manusia
Maksud : menyeluruh

TAWAZUN

Ciri-ciri tawazun dapat dilihat seperti firman Allah: "… apabila kamu diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu mengingati Allah dan tinggalkan jual-beli. Itu lebih baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui. Apabila solat telah dilakukan maka bertaburanlah kamu di muka bumi, carilah kurniaan Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung." (Surah al-Jumu’ah: 9 – 10)
Islam melarang sifat mementingkan diri menyelubungi kehidupan manusia malah menyeimbangkan semua aspek kehidupan dengan sempurnanya
memberi perhatian yang seimbang dalam semua aspek kehidupan
Maksud : Keseimbangan

WAQ'IYYAH

Segala anugerah yang diberi oleh Allah adalah berbeza pada setiap manusia bergantung kepada sebanyak mana usaha yang telah dilakukan seperti firman Allah : "Dan Allah melebihkan sesetengah daripada kamu ke atas yang lain (dari segi anugerah) rezeki." (Surah al-Nahl: 71)
Allah S.W.T tidak akan membebankan kehidupan manusia dengan ajaran Islam sebaliknya meringankan lagi
mengambil kira realiti semasa,setempat dan adat yang diamalkan
bersesuaian dengan realiti kehidupan manusia
Maksud : realistik

'ALAMIYYAH

Ketaqwaan yang tinggi kepada Allah adalah perbezaan yang paling terbaik untuk manusia. Seperti yang difirman oleh Allah : "Sesungguhnya yang terlebih mulia daripada kalangan kamu ialah yang paling bertakwa." (Surah al-Hujurat: 13)
3 bidang utama :
akidah
akhlak
syariah
tidak terikat dengan masa,tempat dan ruang
Islam adalah agama universal
Maksud : kesejagatan

WASATIYYAH

kesederhanaan meliputi aspek kehidupan,keakhiratan dan pemakanan
Islam menolak semua unsur ekstremisme
Maksud : kesederhanaan

AL-THABAT WA AL-MURUNAH

Petikan dari ayat Al-Quran "Allah tidak sesekali memberatkan seseorang itu kecuali dengan kadar upayanya. Baginya (pahala) bagi kebaikan yang dikerjakannya, dan keatasnya (dosa) bagi kejahatan yang dikerjakannya. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau seksa kami atas apa yang kami terlalai atau silap padanya. Ya Tuhan kami, Janganlah Engkau pikulkan pekerjaan yang berat ke atas kami sebagaimana yang Engkau bebani ke atas mereka yang sebelum daripada kami." (Surah al-Baqarah: 286)
AL-MURUNAH(anjal): Perkara pokok tidak boleh diubah tetapi cabangnya boleh diubah
AL-THABAT(tetap): Aspek akidah dan hukum-hakam tidak boleh dipinda
Maksud: tetap dan anjal

RABBANI

Petikan daripada ayat Al-Quran "Sesungguhnya Kami telah turunkan kepada kamu kitab (al-Qur’an) dengan kebenaran, maka taatlah kepada Allah dengan penuh keikhlasan kepada-Nya, ingatlah bahawa agama yang bersih (benar) itu adalah milik Allah." (Surah al-Zumar: 2 – 3)
wahyu telah diturunkan kepada rasul-rasulNya sebagai panduan hidup
kuasa pada manusia hanyalah bersifat relatif (amanah)
Allah adalah punca segala kekuasaan
Maksud: ketuhanan