Pada zaman Islam, hospital mempunyai keunikan tersendiri yang menonjol dalam pelbagai aspek. Jururawat lelaki dan perempuan dipisahkan mengikut jantina bagi memastikan keselesaan pesakit.
Perkhidmatan perubatan dan kesihatan adalah percuma
Dalam Islam, perkhidmatan seperti perkhidmatan kesihatan untuk masyarakat juga dianggap sebagai salah satu ibadah fardu kifayah.
Pemisahan pesakit
Penyakit tidak berjangkit
Penyakit berjangkit
Pentadbiran hospital
Segala aktiviti merawat pesakit dijalankan di bawah pengawasan doktor dan pihak pengurusan
Semua doktor yang bertugas perlulah mempunyai lesen yang sah sebelum diambil bekerja untuk merawat pesakit.
Mempunyai pelbagai kemudahan disediakan untuk pesakit
Untuk memastikan kesihatan badan dan juga minda para pesakit, perkhidmatan dapur, hospital dan farmasi disediakan.
Pengklasifikasi jururawat mengikut jantina
Jururawat lelaki dan perempuan bertugas bagi memastikan keselesaan pesakit mengikut jantina
Jabatan
Jabatan kesihatan mental
Jabatan mata
Jabatan pembedahan
Pusat sekolah perubatan
Para pengamal perubatan diberikan ilmu mengenai ilmu sains, pembelajaran sendiri, syarahan terbuka dan tutor peribadi. Dengan ini, lebih ramai pelapis dan ilmu dapat disambung dari satu generasi ke generasi seterusnya
Pemuzik bekerja sebagai penghibur para pesakit.
Kesihatan secara jasmani dan rohani amat diambil berat. Dengan adanya muzik, kesihatan mental dan rohani pesakit lebih terjaga. Pesakit dapat melupakan seketika tentang penyakitnya dan menikmati hari-hari sepanjang di hospital