カテゴリー 全て - islam

によって nadiah murdin 5年前.

684

zakat

Zakat adalah salah satu kewajipan dalam Islam yang melibatkan pemberian sebahagian harta kepada mereka yang berhak. Terdapat dua jenis zakat utama: zakat harta dan zakat fitrah. Zakat harta dikenakan ke atas harta yang berkembang seperti hasil perniagaan dan memerlukan pemenuhan beberapa syarat seperti cukup nisab, Islam, merdeka, pemilikan sempurna, dan cukup haul.

zakat

zakat

2. syarat zakat harta

harta yang berkembang: contoh, harta daripada hasil perniagaan
cukup haul: setahun melainkan yang dikeluarkan dari bumi (barang galian seperti emas)
cukup nisab: diukur dengan nilai emas (85g)
pemilikan sempurna: harta bukan milik orang lain dan bukan harta perkongsian. harta yang boleh digunakan tanpa halangan.
merdeka: bebas daripada perhambaan. hamba tidak wajib mengeluarkan zakat.
Islam: orang yang beragama Islam dan tidak wajib kepada orang kafir

1. syarat zakat fitrah

Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari pada akhir ramadhan.
Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari
Mempunyai lebihan harta yang lebih daripada keperluannya dan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya
Islam: orang yang beragama Islam. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya

3.Kedudukan orang yang enggan mengeluarkan zakat

Orang yang enggan mengeluarkan zakat kerana bakhil dan kedekut
hadith daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda: مَنْ آتَاهُ اللهُ مَالًا فَلَمْ يُؤَدِّ زَكَاتَهُ، مُثِّلَ لَهُ مَالُهُ شُجَاعًا أَقْرَعَ، لَهُ زَبِيبَتَانِ يُطَوَّقُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، يَأْخُذُ بِلِهْزِمَتَيْهِ يَعْنِي بِشِدْقَيْهِ يَقُولُ: أَنَا مَالُكَ أَنَا كَنْزُكَ Maksudnya: “Sesiapa yang dikurniakan oleh Allah harta dan tidak mengeluarkan zakatnya, maka hartanya pada hari kiamat dijadikan seekor ular yang mempunyai dua taring, dan kepala yang tidak berbulu kerana terlalu banyak bisanya. Ia akan membelit dan menggigitnya dengan kedua-dua rahangnya sambil berkata: Akulah hartamu! Akulah simpananmu.” Riwayat al-Bukhari (1338)
Firman Allah SWT: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ كَثِيراً مِنْ الأَحْبَارِ وَالرُّهْبَانِ لَيَأْكُلُونَ أَمْوَالَ النَّاسِ بِالْبَاطِلِ وَيَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ يَكْنِزُونَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ وَلا يُنفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ ﴿٣٤﴾ يَوْمَ يُحْمَى عَلَيْهَا فِي نَارِ جَهَنَّمَ فَتُكْوَى بِهَا جِبَاهُهُمْ وَجُنُوبُهُمْ وَظُهُورُهُمْ هَذَا مَا كَنَزْتُمْ لأَنفُسِكُمْ فَذُوقُوا مَا كُنتُمْ تَكْنِزُونَ Maksudnya: “Wahai orang –orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (agama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka Jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, serta belakang mereka (sambal dikatakan kepada mereka): Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri. Oleh itu, rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.” (Surah al-Taubah: 34-35)
Orang yang enggan mengeluarkan zakat, sedangkan dia mengi’tiqadkannya wajib dan mengakui kefardhuannya, akan menyebabkan dia menjadi fasiq, berdosa dan dikenakan azab seksa di akhirat kelak.
orang yang enggan mengeluarkan zakat kerana mengingkari kewajipannya
Imam al-Nawawi Rahimahullah menukilkan di dalam kitab al-Khattabi dengan menyatakan: “Sesiapa yang mengingkari kewajipan berzakat pada masa ini adalah kafir berdasarkan ijma’.” Katanya lagi: “Pengetahuan tentang kewajipan berzakat telah tersebar luas di kalangan orang Islam sehingga telah diketahui oleh rakyat dan penguasa, termasuk orang alim dan jahil. Oleh itu, tiada alasan bagi sesiapapun membuat tafsiran (تأويل) sendiri untuk mengingkarinya. Begitulah juga hukumannya bagi orang yang mengingkari sesuatu perkara agama yang telah disepakati oleh ulama, seperti solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mandi junub, pengharaman zina, perkahwinan dan hukum-hukum yang lain.”
darah halal untuk dibunuh jika tidak bertaubat
murtad
kafir