Категории: Все - sekolah

по yong fadlin 4 лет назад

454

KEIBUBAPAAN

KEIBUBAPAAN

KEIBUBAPAAN

TEORI BARAT

TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL BANDURA (1963) (DR ALBERT BANDURA)
Proses mengamati dan meniru perlakuan dan sikap orang lain sebagai model merupakan tindakan belajar
Kanak-kanak meniru perlakuan agresif dari orang dewasa di sekitarnya
Orang yang diperhatikan oleh individu tersebut diistilahkan sebagai model dan proses pembelajaran melalui pemerhatian tingkah laku dipanggil pemodelan
Pemodelan dan pemerhatian daripada orang lain khususnya ibubapa
TEORI PENGLIBATAN IBUBAPA EPSTEIN
Model Overlapping Sphere of Influence adalah konsep school-like family dan family-like school yang digunakan untuk menerangkan pentingnya peranan ibubapa dan sekolah
Model Overlapping Sphere of Influence yang menekankan tanggungjawab bersama antara sekolah, keluarga dan komuniti dalam mencapai visi dan matlamat yang sama dalam proses perkembangan dan pembesaran murid
Berkaitan dalam menjalin hubungan sekolah dengan ibubapa dan komuniti, Keibubapaan Epstein (2001) berpendapat, sekolah, keluarga dan komuniti berkongsi tanggungjawab yang sama dalam proses sosialisasi murid

DEFINISI

BARAT
Coopersmith Ibubapa adalah pembentuk suasana keluarga dan menjadi role model atau model peranan bagi anak-anak mereka
Jane B Brooks Proses yang merujuk kepada rangkaian tindakan dan interaksi yang diambil oleh ibu bapa untuk menyokong perkembangan anak
Jerome Kagan Rangkaian keputusan mengenai sosialisasi pada anak-anak. Memudahkan agar anak-anak dapat memikul tanggungjawab dan menyumbang sebagaI masyarakat
ISLAM
Imam al-ghazali Anak merupakan amanah Allah SWT kepada ibu bapa. Tanggungjawab ibu bapa amat besar dan seharusnya dilaksanakan dengan sebaiknya. Mendidik kanak-kanak dengan amalan agama yang bersesuaian seperti amalan khusus dan amalan umum seperti solat. Kaedah pengajaran ialah berperingkat dari segi tingkah laku dan bacaan. "Kanak-kanak merupakan amanah dan tanggungjawab orang tuanya, jiwanya yang suci murni 4 merupakan permata mahal yang bersahaja dan bebas dari ukiran dan gambaran, dan ia boleh menerima setiap ukiran dan cenderung kepada apa yang dicenderungkan kepadanya

PENDIDIKAN KEIBUBAPAAN MENURUT ISLAM (KITAB ABDULLAH NASIH ULWAN)

PENDIDIKAN DENGAN NASIHAT
Nasihat dan petua memiliki pengaruh yang cukup besar dalam membuka mata anak-anak kesadaran akan hakikat sesuatu, mendorong mereka menghiasinya dengan akhlak yang mulia, membekalinya dengan prinsip-prinsip Islam Tidak seorang pun yang menyangkal, bahwa nasihat yang tulus dan nasihat yang berpengaruh
PENDIDIKAN DENGAN KETELADANAN
Keteladanan dalam pendidikan merupakan metode yang berpengaruh dan terbukti paling berhasil dalam mempersiapkan dan membentuk aspek moral, spiritual, dan sosial anak. Mengingat pendidik adalah seorang figur terbaik dalam pandangan anak, yang tindak tanduk dan sopan santunnya, disadari atau tidak, akan ditiru oleh mereka

KESAN GAYA ASUHAN KEPADA DUNIA HARI INI

Contoh kes : Seorang remaja berusia 18 tahun tergamak mencapak bayi perempuan yang baru dilahirkannya dari balkoni tingkat 4 sebuat flat di Pulau Pinang kerana panik. Bayi yang disumbatkan ke dalam beg itu berjaya ditemui masih bernyawa oleh salah seorang penduduk flat berkenaan. Menurut ketua polis daerah Barat Daya, remaja tersebut melahirkan bayi kira-kira jam 7 pagi di dalam tandas di rumahnya tanpa pengetahuan ahli keluarga. Bayi tersebut ditemui kesan luka dikepalanya.
Konsep dan efikasi individu remaja menjadi terlalu tinggi dan tidak realistik
Remaja tidak mendapat panduan dan nasihat yang baik dalam menjalani kehidupan mereka, walaupun sentiasa inginkan kebebasan untuk melakukan apa yang disukai, namun dalam masa yang sama masih memerlukan pertolongan dan bimbingan ibubapa
Sikap berdikari, ketahanan emosi dan mental anak-anak berada pada tahap yang sangat rendah terutamanya apabila mereka tidak mendapat sesuatu yang mereka inginkan, mereka akan cepat untuk berasa kecewa dan tertekan
Contoh kes : Seorang pelajar universiti menyorok keputusan pengajiannya daripada ibubapa dan membunuh diri pada hari konvokesyennya. Nicholas Turner merupakan pelajar kursus kejuruteraan mekanikal di University Southampton. Ibubapanya sangat gembira dan teruja untuk menghadiri majlis konvokesyen Turner yang berlangsung pada 23 Julai kerana diberitahu dia mendapat keputusan yang baik. Pada pukul 7 pagi di hari graduasinya, Turner ditemui tergantung di rumah keluarganya. Bapanya Geoff berkata dia mendapat tahu anaknya gagal selepas kematiannya.
Menyebabkan kemurungan dan berakhir dengan perbuatan membunuh diri
Merasakan diri mereka tidak dihargai dan tidak diperlukan dalam keluarga
Tertekan dan terlibat dengan gejala yang tidak sihat sebagai satu cara untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap ibubapa
Terlibat dengan pelbagai gejala yang tidak sihat seperti membuli, melepak, pergaulan bebas, penyalahgunaan bahan
Mewujudkan persekitaran yang tidak sihat kepada perkembangan individu remaja
Meningkatkan keyakinan diri melalui sokongan dan dorongan daripada ibubapa
Membantu individu remaja untuk berkembang dengan lebih positif
Mendorong remaja untuk menjadi seorang yang positif dan rasa dihormati

GAYA ASUHAN IBUBAPA

PERMISIF
Sering dikaitkan dengan pelbagai masalah sosial seperti seks bebas, pengambilan alkohol dan dadah semasa remaja
Kurang menjelajah, kurang berdikari dan mempamerkan kecenderungan untuk bersifat bebas atau tidak dapat mengawal diri
Lebih impulsif dan mempunyai permintaan yang melampau
Kekurangan kawalan dari ibubapa menjurus kepada tingkah laku remaja yang agresif dan gagal dalam persekolahan
Sangat mesra dengan anak-anak sehingga tiada batas hormat antara ibu bapa dan anak-anak
Ibubapa menunjukkan sikap kawalan yang rendah disamping tahap tangungjawab yang tinggi
AUTORITARIAN
Kemahiran sosial yang lemah, terlalu agresif atau terlalu pasif, mood tidak menentu
Keyakinan diri dan sifat untuk berdikari sangat rendah
Faktor mengawal yang tinggi menyebabkan anak menuruti arahan ibubapa tanpa berfikir
Memberi kebebasan kepada anak untuk melakukan perkara yang mereka suka
Ibubapa mempunyai sifat mengawal yang tinggi tetapi sangat rendah tahap tanggungjawabnya
AUTORITATIF
Lebih bertenaga, suka menjelajah, mempunyai perasaan ingin tahu tinggi, berdedikasi, dapat mengawal diri, puas hati dengan diri dan bersikap positif terhadap rakan sebaya
Menjadikan “give and take” atau “memberi dan mengambil sebagai prinsip utama
Mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan lebih berani meluahkan pendapat
Melahirkan remaja yang lebih berdikari dan bijak meletakkan batas di dalam tingkah laku mereka
Anak-anak bersifat lebih demokratik, bertanggungjawab, berfikiran positif, kompeten dan aktif bersosial
Ibubapa mempunyai tahap kawalan dan tanggungjawab yang rasional dan seimbang