Категории: Все - politik

по puspita sari 7 лет назад

1037

Masyarakat Pelbagai Etnik Beralih Angin (3)

Dalam pilihan raya 2008, sokongan pengundi dari pelbagai etnik, terutama di kawasan bandar, pekan, dan bandar raya, beralih dengan ketara kepada parti pembangkang seperti DAP dan PKR.

Masyarakat Pelbagai Etnik Beralih Angin (3)

Masyarakat Pelbagai Etnik Beralih Angin

Sokongan etnik Melayu terhadap PKR semakin meningkat sejak pemecatan Datuk Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri, Di mana PKR mendapat sokongan tertinggi dalam pilihan raya 2008 iaitu 19%.

Kegagalan BN mengekalkan majoriti 2/3 dan kejayaan Sabah dan Sarawak menjadi kubu kuat dengan masing-masing kalah hanya satu kerusi dan menyumbang kepada 54 kerusi. Keadaan ini menyebabkan Sabah dan Sarawak dianggap sebagai simpanan tetap BN.

Hasilnya, BN mengecilkan saiz kabinet Persekutuan. Peranan yang dominan sebagai Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat diberikan kepada pemimpin politik dari Sabah dan Sarawak.

Oleh itu, BN mengambil langkah proaktif dan realistik meminda perlembagaannya dengan memperkenalkan keanggotaan bersekutu dan keanggotaan bergabung pada November 2010 iaitu : 1)Individu yang ingin menganggotai BN boleh memohon terus sebagai ahli bersekutu 2)Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik boleh memohon terus menjadi ahli gabungan.

Akhir sekali, tindakan tersebut disifatkan mampu membuka pintu keahlian BN kepada individu daripada pelbagai latar belakang etnik, NGO dan parti politik.

Sememangnya di luar jangkaan ramai, dalam PU 2008, rakyat lebih memihak kepada pihak pembangkang dan menolak BN yang dianggapkan bersifat tsunami politik.

MCA cuma meraih 10.54% sahaja yang merupakan prestasi terburuk dalam sejarah penyertaannya.

Contohnya, calon DAP daripada etnik India di Ipoh Barat, Perak dan Batu Kawan, Pulau Pinang memenangi kerusi meskipun majoriti pengundinya ialah etnik Cina.

Sokongan kepda DAP dan PKR dikawasan pengundi cina adalah 50% ke atas. Misalnya, di Bukit Bendera, Bagan, Batu Kawan, Pulau Pinang calon MCA tewas di tangan DAP.

Bagi kawasan yang didominasi etnik cina dan India, sokongan terhadap BN rendah. Semakin tinggi jumlah bilangan etnik cina, maka semakin kuatlah sokongan mereka terhadap parti pembangkang (DAP dan PKR).

Kubu kuat BN (Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Perlis) masih dipegang oleh BN namun wilayah KL, Selangor dan Perak cenderung dipegang oleh pembangkang kerana 30% penduduk majoriti etnik cina.

BN tidak dapat memenangi majoriti 2/3 lagi, di mana hanya meraih 15 kerusi Parlimen, 31 kerusi DUN berbanding 31 kerusi daripada 40 kerusi Parlimen dan 76 daripada 90 kerusi DUN pada pilihan raya 2004. Pulau Pinang juga terlepas ke tangan pembangkang.

Pertama kali, BN hilang sokongan daripada pelbagai etnik dalam pilihan raya 2008 ini. Terutama pengundi (Melayu, Cina, India) di kawasan pekan, bandar dan bandar raya.