GROUP 1
Suzzlin Azreena Binti Azman 62212116063
Noor Shaheera Binti Saad 62212116155
Nur Afifah Binti Mat Halim 62212116027
Nur Asilah Binti Zainal Abidin 62212116161
Siti Haida Binti Halim 62212116057
Sumber Tamadun Islam
Tamadun dan Budaya Lain
- Kemajuan Islam tidak terhad kepada kemajuan yang dicipta oleh orang Islam sahaja.
- Islam membenarkan sebarang asas pencapaian tamadun lain untuk membantu mengukuhkan lagi tamadun Islam dengan syarat tidak bercanggah atau bertentangan dari aspek aqidah, akhlak dan syariah Islam.
- Kubah masjid dipercayai berasal dari senibina Graeco-Roman dan demikian juga dengan sistem diwan (jabatan) yang telah diperkenalkan oleh Saidina Umar Al-Khattab di dalam pentadbirannya sebenarnya berasal dari sistem pentadbiran Parsi.
- Cendekiawan-cendekiawan Islam pada peringkat awal telah berusaha menterjemah buku-buku tamadun lain (Iskandariah, Greek, Yunani, Parsi dan India) dalam bidang-bidang seperti perubatan, astronomi dan matematik untuk dikaji dan dimajukan lagi.
- Hasil kajian terhadap tamadun itu telah membuka minda mereka mencipta teori-teori, prinsip-prinsip, alat-alat, teknik-teknik dan karya-karya yang tenyata lebih baik daripada tamadun-tamadun lampau tersebut.
Dilakukan dengan waspada supaya nilai-nilai Islam tidak tercemar
Hasil kajian membuka minda mereka
Cendekiawan-cendekiawan Islam pada peringkat awal telah berusaha menterjemah buku-buku tamadun lain
Islam membenarkan sebarang asas pencapaian tamadun lain
Tamadun Islam tidak terhad
As-Sunah dan Al Hadith
- Dari segi bahasa bererti perjalanan samada perjalanan baik atau buruk. Dari segi istilah, As-Sunnah bererti sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w sama ada dari segi perkataan, perbuatan atau pengakuan (persetujuan), sifat-sifat kejadian, akhlak dan sirahnya sebelum dan sesudah baginda dilantik menjadi rasul.
- Maksud Al-Hadis pula dari segi bahasa ialah ‘Hadatha’ yang bererti percakapan, bahasa dan perkhabaran. Dari segi istilah ialah suatu yang diriwayatkan daripada Rasullulah s.a.w sama ada perkataan, perbuatan, kelakuan dan pengakuan baginda.
- Para ulama telah membuat kesimpulan bahawa Al-Sunnah dan Al-Hadith merupakan suatu perkara yang sama.
- Sebagai sumber ilmu dan perlembangan dalam tamadun Islam, Al-Sunnah dan Al-Hadith melengkapi Al-Quran dengan 3 cara iaitu :
i) ia menegaskan apa yang terdapat hukumnya dalam Al-Quran
ii) ia menjelaskan apa yang tidak diperincikan di dalam Al-Quran, dan
iii) ia menetapkan sesuatu hukum yang tidak terdapat di dalam Al-Quran tetapi hukum ini bertepatan dengan prinsip umum dalam Al-Quran.
- Contoh sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:
a) “Bersolatlah kamu sebagaimana kamu lihat aku solat.”
b) “Tidak dipotong tangan seseorang pencuri itu melainkan apabila dia
mencuri lebih dari seperempat dinar dan tangan yang dipotong hingga
pergelangannya."
c) “Tidaklah aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”
Ia menetapkan sesuatu hukum yang tidak terdapat di dalam Al-Quran tetapi hukum ini bertepatan dengan prinsip umum dalam Al-Quran.
Ia menjelaskan apa yang tidak diperincikan di dalam Al-Quran
Ia menegaskan apa yang terdapat hukumnya dalam Al-Quran
Dari segi bahasa ialah ‘Hadatha’ yang bererti percakapan, bahasa dan perkhabaran.
Dari segi bahasa bererti perjalanan samada perjalanan baik atau buruk
Dari segi istilah, As-Sunnah bererti sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w
Al-Ijma' dan Al-Qiyas
- Al-Quran dan Al-Hadith adalah sumber asasi bagi ilmu fiqh Islam, yang mana pada permulaannya ialah di zaman Rasulullah S.A.W, sumber-sumber ini bertambah mengikut peredaran masa dan bidang luas ilmu fiqh.
- Selain daripada Al-Quran dan Al-Hadith ialah pendapat Rasulullah S.A.W. yang sama dinamakan ijma’.
- Maksud dengan ijma’ ialah persetujuan atau permuafakatan ulama’ di atas satu perkara atau hukum yang tidak ada nas dari Al-Quran dan Al-Hadith pada satu-satu masa.
- Di sana terdapat juga "Al-Qiyas" kerana bahawasanya hukum syara’ pada gholibnya mempunyai beberapa ‘ilah atau sebab-sebab yang boleh diketahui, apabila terdapat hukum yang dinaskan, maka bolehlah dipindahkan hukum itu kepada perkara yang tidak ada nas jika terdapat sama ‘ilahnya.
- Seperti wajib zakat pada padi adalah diqiyaskan daripada gandum, kerana terdapat sama pada ‘ilatnya,
- Maka dapat dibuat kesimpulan, bahawasanya Al-Quran, Al-Hadith, Al-Ijma’ dan Al-Qiyas merupakan sumber-sumber hukum yang terus hidup subur dan menjadi perbendaharaan yang besar yang membuka luas pintu-pintu bidang ilmu fiqh Islam, ia menambah perbendaharaan, kekuatan dalam hukum-hukum Islam.
sumber-sumber ini bertambah mengikut peredaran masa dan bidang luas ilmu fiqh.
Seperti wajib zakat pada padi
"Al-Qiyas" kerana bahawasanya hukum syara’ pada gholibnya mempunyai beberapa ‘ilah atau sebab-sebab yang boleh diketahui
ijma’ ialah persetujuan atau permuafakatan ulama’ di atas satu perkara atau hukum yang tidak ada nas dari Al-Quran dan Al-Hadith
pendapat Rasulullah S.A.W. yang sama dinamakan ijma’.
Itjihad
- Ijtihad ialah kajian dan penyelidikan yang dilakukan oleh para ulama (mujtahid) bagi menentukan kedudukan sesuatu perkara dari segi syara’.
- Di dalam tamadun manusia, banyak perkembangan baru yang berlaku dari masa ke semasa. Sebahagian deripada pembaharuan ini tidak jelas dari segi hukumnya, kerana tidak dijelaskan dalam al-Quran dan al-Sunnah.
- Dengan yang demikian para ulama dibenarkan menggunakan akal mereka dengan bersungguh-sungguh berdasarkan ilmu yang ada pada mereka untuk mengeluarkan hukum. Inilah yang dikatakan ijtihad.
- Dalam sejarah hukum Islam, Ijtihad bermula sejak di zaman Rasulullah s.a.w lagi.
- Dapat dirumuskan bahawa ijtihad merupakan sumber ilmu dalam ajaran Islam selepas al-Quran dan al-Hadith.
- Ia merupakan sesuatu usaha yang gigih oleh para ulama (mujtahid) untuk menyelidik dan menentukan hukum berdasarkan kemampuan serta kemahiran dari segi ilmu pengetahuan dan kecerdasan akal fikiran mereka.
- Walaupun para mujtahid diberi kebebasan untuk mengeluarkan hasil ijtihad mereka, al-Quran tetap menjadi panduan asas dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang tidak ada nas (dalil) atau tidak jelas hukumnya dalam al-Quran dan al-Sunnah/al-Hadis.
- Ijtihad memungkinkan Din Islam terus ‘hidup’ sesuai untuk semua bangsa, tempat dan masa. Tanpa ijtihad tamadun Islam akan beku dan lapuk, yang memungkinkan ia ditinggalkan sama sekali. Oleh itu, kepentingan ijtihad sebagai sumber ajaran Islam zaman kini sangat diperlukan dengan satu pendekatan baru kepada prinsip yang sama dalam menyelesaikan permasalahan semasa.
sumber ilmu dalam ajaran Islam selepas al-Quran dan al-Hadith.
Ijtihad memungkinkan Din Islam terus ‘hidup’ sesuai untuk semua bangsa, tempat dan masa.
bermula sejak di zaman Rasulullah s.a.w lagi.
Sebahagian deripada pembaharuan ini tidak jelas dari segi hukumnya
kajian dan penyelidikan yang dilakukan oleh para ulama
Al Quran
- Al-Quran bermaksud kalam Allah (perkataan Allah) yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w secara mutawatir selama 23 tahun untuk disampaikan kepada seluruh manusia. Ia merupakan mukjizat kepada baginda yang berkekalan sepanjang hayat.
- Al-Quran sebagai kitab yang tidak mengandungi keraguan yang menjadi pedoman dan petunjuk bukan sahaja kepada orang Islam tetapi kepada seluruh manusia dan membacanya adalah satu ibadah.
- H. Zainuddin dan Fachruddin menyatakan kitab suci Al-Quran berisi ilmu, hikmah dan petunjuk berkenaan dengan kepercayaan, peribadatan, kemasyarakatan, pemerintahan, hukum, cerita kehidupan manusia yang mendapat pendidikan dan bimbingan daripada Al-Quran atau wahyu akan mendapat satu kekuatan yang luar biasa dan akan dapat menghasilkan kemajuan atau tamadun Islam yang gemilang.
- Di dalam Al-Quran terkandung ajaran Islam yang merangkumi konsep ketuhanan, pengetahuan tentang alam ghaib, asas perundangan, muamalah, tauhid akidah dan panduan hidup manusia dialam ini.Al-Quran menunjukkan bagaimana hubungan antara makluk dan Tuhan sepatutnya dikendalikan dan bagaimana manusia harus berinteraksi sesama manusia dengan makluk yang lain
- Firman Allah yang bermaksud;
“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama tuhanmu yang mencipta (sekalian makluk). Dia mencipta manusia daripada (darah) yang menempel; Bacalah, dan Tuhanmu adalah Maha Pemurah,Yang mengajar manusia melalui pena, Ia mengajar menusia apa yang tidak mereka ketahui.”
Merangkumi konsep ketuhanan
Kitab suci Al-Quran berisi ilmu, hikmah dan petunjuk
Kitab yang tidak mengandungi keraguan
Diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w secara mutawatir
Kalam Allah