Kategorier: Alla - sejarah - tamadun - kemajuan - kebudayaan

av am Memo för 5 årar sedan

313

Q1-Pengenalan Ilmu Ketamadunan-Definisi + Konsep

Istilah tamadun mula diperkenalkan oleh Jurji Zidan, seorang penulis Kristian yang banyak menulis tentang sejarah Islam dan Sastera Arab. Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa Ibnu Khaldun adalah orang pertama yang memperkenalkan istilah ini dalam bahasa Arab.

Q1-Pengenalan Ilmu Ketamadunan-Definisi + Konsep

Q1-Pengenalan Ilmu Ketamadunan-Definisi + Konsep

Konsep

LINK 2
VIDEO 4
VIDEO 3
VIDEO 2
LINK 1
VIDEO 1
TEKS 1

 1.1    KONSEP TAMADUN


Perkataan tamadun pertama kali diperkenalkan oleh Jurji Zidan, seorang penulis Kristian yang banyak menulis tentang sejarah Islam dan Sastera Arab. Sesetengah serjana pula berpendapat Ibnu Khladunlah yang mula-mula memperkenalkan istilah ‘tamadun’ yang diambil daripada Bahasa Arab. Dari sudut etimologi dalam Bahasa Inggeris, tamadun selari dengan perkataan civilization. Perkataan ini diambil daripada bahasa Latin ‘Civitas’ yang bererti bandar atau City, atau proses urbanisasi, dengan alasan bahawa setiap perubahan bermula di bandar dan ciri asas peradaban manusia lebih mudah ditemui di bandar-bandar. civilization juga bermaksud tamadun manusiawi yang merujuk kepada kemajuan jati diri manusia di dalam membangunkan kehidupan dalam pelbagai peringkat terutamanya di peringkat negara. Penggunaan perkataan ini mula digunakan dan terjelma dalam buku-buku Inggeris pada kurun ke-19 Masihi.


Mengikut Kamus Dewan (1991), perkataan tamadun bererti kebudayaan, kemajuan dan peradaban. Satu lagi perkataan bahasa Melayu yang hampir sama pengertiannya dengan parkataan ‘tamadun’ ialah perkataan ‘peradaban’ yang membawa erti kebudayaan, tamadun dan kemajuan (jasmani dan rohani).


Tamadun secara umumnya diertikan sebagai pembangunan, perubahan, kemajuan dan peradaban yang dicapai oleh sesuatu bangsa atau kaum di dunia. Istilah tamadun juga ditakrifkan sebagai keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran yang tinggi peradabannya. Tokoh-tokoh Barat (Eropah) seperti Max Weber, Dancy Rebeiro, Arnold Toynbee, Clicve Bell, David Rodnick dan lain-lain (sarjana Sains Kemasyarakatan) melihat konsep tamadun daripada perspektif ‘materi’ (kebendaan) semata-mata dengan mengaitkan tamadun dengan kebudayaan, di mana kebudayaan mencakupi aspek; bahasa, cara berfikir, agama, adat resam, kepercayaan, kesenian dan lain-lain. Kesemuanya merupakan aktiviti akal fikiran.


Manakala Pendapat tokoh-tokoh Timur (Islam) pula seperti; Ibnu Khaldun, Muhammad al Bahi, Syed Muhammad al-Nquib al-Attas, M.A.J Beg dan lain-lain mengatakan bahawa tamadun bukan berdasarkan kepada aspek materi semata-mata atau akal fikiran sahaja sebaliknya tamadun perlu berlandaskan kepada aspek kerohanian (agama) iaitu wahyu dan sunnah. Sesuatu bentuk tamadun dan kebudayaan yang bertentangan dengan al-Qur’an dan Hadis adalah bukan tamadun dan kebudayaan Islam. Menurut mereka tamadun adalah kesepaduan pencapaian manusia dalam aspek kerohanian dan kebendaan yang berpusat di kota dalam bentuk skrip, seni bina, ilmu pengetahuan, sains, teknologi, kepercayaan, perundangan dan politik. Tamadun menurut mereka adalah beberapa situasi dan kondisi yang melebihi daripada apa yang ada dalam konteks kemajuan. Dengan itu tamadun membawa makna; segala kemajuan dan perkembangan yang mencakupi kegiatan manusia yang meliputi semua aspek kebudayaan, keilmuan dan agama manusia.


TEKS 2

Umran Hadharah MadanFiFyah

KONSEP TAMADUN

Diperkenalkan oleh Ibnu Khaldun.

Diperkenalkan oleh Ibn Khaldun.

Diambil dari madinah–kota (city ) sebagai pusat peradaban.


Membangun atau memakmurkan bandar  (hadharah –urbanization).


Kawasan tanah yang didiami oleh sekumpulan masyarakat tinggal menetap di suatu tempat itu dalam keadaan yang berkembang subur lagi.


Suatu wilayah, daerah, kota, bandar, kampung atau tanah yang diusahakan.


Wujudnya kehidupan menetap.


Urbanisasi


Bandar 


Kehidupan cara bandar

Definisi

vIdEo 2
VideO 5
viDEO 3
ViDeO 1
ViDEO 4
LiNk 1
LINK 3
Link 2
Teks 1

Definisi menurut istilah:


Ibn Khaldun

Ibn Khaldun dalam kitabnya al-Muqaddimah memperkenalkan dua terminology al – umran dan al – hadarah dalam abad ke – 14 yang membawa maksud sekumpulan manusia yang tinggal kekal di sesuatu tempat atau kota atau wilayah dan tanah pertanian yang akhirnya merintis kemajuan,kemakmuran dan pencapaian yang bersumberkan agama.


Sayyid Qutb

Segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti sisial, pemerintahan, politik, ekonomi dan kebudayaan yang berteraskan syariat Allah, serta bercirikan nilai-nilai moral Islam.


Collingwood

Tamadun ialah satu proses bagi mencapai satu tahap kehidupan yang lebih sempurna ataupun satu proses ke arah civil yang mana hasil daripada proses tersebut akan melahirkan ciri-ciri masyarakat bandar iaitu masyarakat yang mempunyai kehalusan budi.


Arnold Toynbee

Tamadun merupakan suatu kehidupan yang unggul yang dipandukan oleh sistem perundangan, agama, politik dan pentadbiran yang menjamin kemajuan dan keselamatan masyarakat.


Edward L. Farmer

Tamadun sebagai unit budaya besar yang mengandungi unsur-unsur sosial, tradisi dan institut yang dikongsi bersama dan diwarisi dari generasi ke generasi yang lain.

Teks 2

Definisi secara bahasa:


Bahasa Arab

1.    Umran

Terbitan dari perkataan ‘Amara yang bererti‘kawasan tanah atau rumah yang didiami, diduduki orang, tinggal menetap, segolongan penduduk yang menetap dan seumpamanya dalam suatu keadaan yang berkembang subur lagi makmur dari keadaan kering tandus atau terbiar dan binasa.


2.    Hadarah

Tanah yang diusahakan, kampung, kota atau bandar.


3.    Tamadun

Memenuhi ciri-ciri kehidupan di bandar bagi menggambarkan masyarakat yang bertamadun.


4.    Madaniyyah  /  mudun

Memiliki ciri-ciri tamadun.


Bahasa Inggeris

1. Civilization

Diambil dari bahasa Latin ‘civitas’ bererti ‘bandar’. Civilization merujuk kepada budaya manusia yang kompleks yang memiliki sains dan teknologi serta mempunyai pengkhususan pekerjaan.