作者:Siti Aisyah 5 年以前
385
更多类似内容
Pada pendapat saya, Islam sememangnya memerintahkan agar setiap umatnya berada dalam keadaan suci pada tubuh badan dan pakaianya sebelum mendirikan solat. Walau bagaimanapun ini tidak bermakna seseorang itu perlu memeriksa atau memelihara dirinya daripada najis sehingga menyusahkan pelaksanaan sesuatu ibadah. Oleh itu, dalam keadaan sesuatu yang di luar kawalan atau kemampuan dirinya, maka ia diberikan kemaafan oleh syara'.
Pada pendapat saya, dengan adanya pakaian yang menutup aurat lebih mudah untuk wanita-wanita islam untuk mengerjakan solat dan dapat menjimatkan masa dalam mengerjakan solat serta memudahkan mereka kerana tidak perlu susah untuk membawa kain solat ke tempat lain.
Pada pendapat saya, kebanyakan pakaian sekarang diperbuat daripada bulu atau kulit haiwan, sebagai pengguna muslim, kita perlu menjadi pengguna yang bijak dengan mengambil tahu material pakaian kita. Hal ini menyebabkan, kita haram memakai pakaian yang diperbuat daripada haiwan seperti babi dan anjing. Kedua kita perlu tahu bahawa banyak haiwan yang akan diekploitasi untuk membuat pakaian contohnya kulit buaya yang akan diburu untuk membuat jaket. Maka menjadi tanggungjawab kita untuk tidak memakai pakaian yang akan mendatangkan mudarat kepada haiwan-haiwan
Pada pendapat saya, lelaki berhati hati ketika memilih jenis pakaian kerana lelaki diharamkan memakai pakaian jenis sutera. Jika lelaki memakai pakaian jenis sutera membolehkan mengesankan sifat kewanitaan atau menyerupai para wanita yang suka kepada perhiasan.
Pada pendapat saya, pada era moden ini terdapat kemunculan fesyen-fesyen yang baharu, apa orang muda perlu buat ialah membenarkan untuk kita bergaya tapi masih berlandaska islam yang ditetapkan, kita perlu tahu sumber pakaian itu daripada sumber yang halal dan kita kena tahu walaubagaimanapun kita hendak bergaya perlulah menutup aurat dengan sempurna
https://soaljawab.wordpress.com/2007/04/30/hukum-memakai-pakaian-labuh-di-bawah-buku-lali/
https://almanhaj.or.id/3170-hukum-memakai-sutera-bagi-kaum-laki-laki.html
http://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-afkar/2801-al-afkar-26-pelakon-filem-memakai-baju-simbol-salib
http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2442-al-kafi-751-hukum-percikan-air-kencing
http://bundle99.blogspot.com/2016/12/hukum-membeli-dan-memakai-baju-bundle.html
Isbal adalah perbuatan haram dan mungkar, sama sahaja sama ada hal itu terjadi
pada baju atau sarung. Dan Isbal adalah yang melewati kedua buku lali berdasarkan sabda Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam.
“Apa yang di bawah kedua mata buku lali berupa sarung, maka tempatnya di neraka.”
[Hadits Riwayat Bukhari]
Makna Secara Umum
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang kaum laki-laki mengenakan sutra halus dan sutra kasar, karena jika laki-laki mengenakannya, bisa mengesankan sifat kewanitaan atau menyerupai para wanita yang suka kepada perhiasan. Sementara kaum laki-laki dituntut untuk memiliki ketegaran, kekuatan dan kejantanan.
Kesimpulan Hadits
1. Pengharaman mengenakan sutra halus dan kasar bagi laki-laki dan ancaman yang keras terhadap orang yang mengenakannya
Al-Imam al-San’ani menyebut: “Hadis ini menunjukkan sesiapa yang menyerupai atau meniru orang yang fasiq, orang kafir, atau pembuat bidaah maka dia adalah dari kalangan mereka (sama seperti mereka). Di mana dia meniru apa yang khusus bagi mereka seperti pakaian, tunggangan atau gerak-geri mereka.” (Rujuk Subul al-Salam Syarh Bulugh al-Maram , 4/175)
Menurut sebahagian pendapat dalam Mazhab Hanafi, Maliki dan jumhur Mazhab Syafie, menyerupai pakaian yang menjadi syiar orang kafir dihukumkan kafir. Kerana itu, sesiapa yang memakai topi orang Yahudi dengan sengaja maka ia kufur kecuali jika dipaksa atau memakainya sekadar untuk berlindung daripada kepanasan. Begitu juga orang yang memakai pakaian khas paderi Kristian, ia dihukumkan kafir kecuali jika memakainya sebagai helah dalam peperangan, maka ia tidak dihukumkan kafir. (Lihat Al-Fatawa al-Hindiyyah: 2/276; Jawahir al-Iklil: 2/278; Tuhfah al-Muhtaj: 9/91)
Meskipun demikian, kita tidak boleh bermudah-mudah menghukum seseorang dengan kufur, fasiq, sesat dan sebagainya.
Imam al-Nawawi daripada kalangan ulama’ Syafi’iyyah yang masyhur, pernah berkata: Seseorang yang memakai pakaian khas paderi Kristian, dia tidak kafir kecuali jika disertai dengan niat (mengikuti i’tiqad mereka). (Lihat Raudhah al-Talibin,10/69)
Ini memberi maksud agar jangan memudahkan dalam isu melabelkan seseorang kepada kufur, fasiq atau sesat.
Justeru, sekiranya air kencing kena pada pakaian, badan dan tempat solat, maka tidak sah solat kerana suci daripada najis adalah syarat sah solat. Namun, sah solatnya jika percikan itu sedikit, sukar dipelihara dan tidak dapat dikesan oleh mata. Ini sebagaimana yang dinyatakan oleh pengarang al-Fiqh al-Manhaji
“Islam agama yang bersih, untuk itu wajib menghilangkan najis walau di mana keberadaannya. Memelihara diri daripada najis, dan menjadi bersih dari najis adalah syarat sah solat sama ada pada pakaian ataupun badan ataupun tempat solat. Sesungguhnya agama meraikan kemudahan dan menghilangkan kesusahan. Maka dimaafkan sebahagian najis disebabkan kesusahan untuk menghilangkannya atau kesusahan untuk menjaga daripada terkena najis tersebut, agar menjadi kemudahan kepada manusia, dan mengangkat kesusahan daripada manusia. Contohnya, percikan air kencing yang sedikit yang tidak dapat dikesan dengan penglihatan mata yang sederhana jika terkena pakaian ataupun badan, sama ada najis mughallazah ataupun najis mukhaffafah ataupun najis mutawassitah.” (Al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Syafi’i: 1/43)
Kesimpulannya, Islam sememangnya memerintahkan agar setiap umatnya berada dalam keadaan suci pada tubuh badan dan pakaiannya sebelum mendirikan solat. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna seseorang itu perlu memeriksa atau memelihara dirinya daripada najis sehingga menyusahkan pelaksanaan sesuatu ibadah. Oleh itu, dalam keadaan sesuatu yang di luar kawalan atau kemampuan dirinya, maka ia diberikan kemaafan oleh syara’.
Maka dalam hukum feqah tentang perkara ini, selagi tidak ada dalil yang mengatakan
berat sebelah iaitu kena najis mughalazah maka tidak wajib membasuhnya dengan air
tanah tetapi ikhtiar mengikut feqah membasuh pakaian itu dengan air mutlak dan
dibilas dengan air mutlak supaya dapatlah sekurang-kurang disisi feqah syariat sah
untuk dibawa solat.
Jadi syarat yang pertama, kita basuh pakaian itu dan bilas dengan air mutlak. Jika
tuan yang menjual itu mengatakan sudah dibasuh dengan bersih pakaian tersebut
jadi tidaklah perlu dibasuh. Jika kita rasa ragu jika sekira-kira baju itu
terkena najis mughalazah maka basuhlah dengan air tanah atas dasar sunat ikhtiar
mahu ambil cermat atau berhati-hati tapi jika atas dasar warak maka janganlah pakai
baju bundle kerana risau atau ragu-ragu mengenai kebersihannya.
Dari segi feqah mengatakan tidak wajib membasuh dengan air tanah kerana tiada
tanda-tanda terkena najis walaupun mungkin terkena najis dalilnya Nabi Muhammad
S.A.W. terima pakaian yang diberikan kepadanya daripada Syam walaupun
mungkin pakaian itu terkena najis mughalazah kerana di Syam penduduknya dari
kalangan Arab Islam dan Arab Kristian dan ada majusi. Dan lihatlah dahulu tulisan2
atau gambar2 di pakaian itu supaya tidak melanggar syariat Islam risau kita menjadi
asbab menyebarkan syiar Kristian atau seumpamanya.