作者:Nur Farahin 6 年以前
615
更多类似内容
Orang Indo Arya
Orang Dravida
Sistem Kasta
Kasta adalah suatu tingkatan kelas sosial yang digunakan dalam budaya masyarakat Hindu di masa silam untuk mengelompokan masyarakat berdasarkan kelas sosialnya. Sistem kasta dalam agama Hindu dikenal dengan istilah Varna atau Warna. Sistem ini sempat popular sebagai suatu bentuk struktur masyarakat yang berlaku secara umum, meskipun seiring perkembangan zaman mulai ditinggalkan.
Sudra adalah tingkat sosial bagi orang biasa atau rakyat jelata.
Waisya adalah tingkat sosial bagi orang-orang yang bekerja sebagai pedagang.
Ksatria
Ksatria adalah tingkat sosial bagi orang-orang yang berkecimpung dalam pemerintahan, termasuk di antaranya adalah para raja, bangsawan, dan tentera.
Brahmana adalah tingkat sosial bagi orang-orang yang mengabdikan dirinya dalam urusan agama, seperti sulinggih, pandita atau pendeta, dan rohaniawan. Brahmana adalah kasta lapisan tertinggi dalam sistem varna.
Terdiri drp 4 peringkat kehidupan:
1. Brahmacarya - dr kecil hingga 24 tahun
2. Grahasta - kehidupan berkeluarga
3. Vanaprasta - kerohanian
4. Sannyasa - menolak kehidupan duniawi
Sannyasa
Seseorang yang berusia kira-kira 72 tahun ke atas. Pada tahap ini seseorang itu hendaklah sama sekali dapat mengatasi nafsu dan keinginan (terutamanya perkara-perkara duniawi). Golongan warga tua dan alim yang penuh dengan ilmu ini disyaratkan menjalankan kerja-kerja amal terutamanya dalam usaha untuk menyebarkan ajaran agama. Bagi mencapai tujuan tersebut, golongan ini selalu mengembara dari suatu tempat ke tempat yang lain
Vanaprastha
Golongan yang berumahtangga dan berusia antara 48 hingga 72 tahun. Pada tahap ini, seseorang itu telah mencapai kearifan dan berkeupayaan untuk menasihati orang lain. Dalam lingkungan usia sebegini, seseorang itu hendaklah menyelesaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga dan menggiatkan usaha-usaha untuk mendalami ajaran-ajaran agama serta menolak perkara-perkara duniawi.
Grihasta
Seseorang yang akan memulakan rumah tangga. Tamadun India mengesyorkan usia perkahwinan bagi kaum lelaki pada usia 21 hingga 30 tahun, manakala usia 18 hingga 25 tahun bagi kaum wanita. Seseorang itu diharapkan dapat menhasilkan kekayaan yang secukupnya sebelum mendirikan rumah tangga. Orang yang berumahtangga dianggap sebagai teras masyarakat, kerana golongan inilah yang akan bertanggungjawab melindungi serta menyara golongan lain.
Bramacharya
Seseorang pada usia 12 tahun hingga 24 tahun dan dinamakan sabagai zaman bujang. Dua belas tahun pertama merupakan tahap pembelajaran yang biasa (informal) dan dua belas tahun kedua merupakan tahap pembelajaran yang serius (formal).