作者:Azeanil Fazira 6 年以前
312
TITAS 2.4
Tamadun Islam berdiri teguh atas akidah, syariah, dan akhlak. Syariah, dalam konteks etimologi, merujuk kepada sumber air atau jalan yang lurus seperti yang digariskan dalam Al-Quran.
開啟
Floating topic ASAS TAMADUN ISLAM Terbina atas dasar akidah dan diikat dengan syariah dan akhlak. Akhlak Al-Khuluq bemaksud budi pekerti, tingkah laku dan tabiat. Imam al-Ghazali mendefinisikan sebagai sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang.
Mahmudah ialah perbuatan baik dan terpuji menurut akal dan Syariah terbit dari jiwa.
Mazmumah ialah perbuatan buruk seperti menyekutukan Allah dan menipu.
Akhlak membezakan manusia dengan haiwan.
Seseorang yang memiliki ketinggian akhlak juga mempunyai darjat keislaman dan keimanan yang tinggi.
Perutusan Nabi Muhammad SAW adalah simbol kepada kepentingan akhlak dalam Islam. Syariah Dari sudut etimologi, syara'a bererti sumber air, cara atau jalan yang lurus mengikut Al-Quran.
Pada sudut terminologi, ia merupakan undang-undang, aturan dan ketetapan Allah kepada manusia dari rasul-rasulNya.
Menjamin kebahagiaan kehidupan yang abadi di akhirat kelak. Manifestasi Syariah dalam Tamadun Islam Untuk mengatur kehidupan manusia atas asas makruf dan mengelak kemungkaran. Memelihara harta benda Islam menetapkan dan memberi garis panduan mengenai hak memiliki harta dan kewajipan mempertahankannya.
Sesiapa melucutkan harta seseorang tanpa kebenaran seper merompak dikenakan hukuman berat.
Islam telah mengatur aktiviti ekonomi berpandukan Syariah di bawah muamalat. Memelihara akal Akal menentukan sama ada seseorang itu layak diberi tanggungjawab atau tidak
Manusia boleh menetukan sama ada sesuatu itu baik atau buruk
Melarang manusia melibatkan diri dalam perkara yang menggugat kewarasan dan fungsi akal. Memelihara nyawa Hak hidup telah dikurniakan oleh Allah SWT.
Mati bererti kehilangan nyawa dan hilang daripada aktiviti kehidupan.
Nyawa tidak boleh dicabut sewenang-wenangnya atau tanpa hak.
Melanggar peruntukan undang-undang syarak ini dianggap melakukan jenayah dan dosa besar. Memelihara agama Islam adalah nikmat yang paling besar bagi menyelamatkan manusia daripada segala bencana.
Seseorang yang telah memilih Islam wajib menunaikan tanggungjawab sebagai Muslim
Sekiranya keluar dari Islam dikira sebagai murtad. Keistimewaan Undang-undang Syariah Sempurna bagi memenuhi keperluan manusia dalam semua bidang kehidupan.
Lengkap mengatur kehidupan manusia.
Bersifat bersepadu, universal dan tetap.
Matlamatnya untuk mendapat keredhaan Allah SWT Akidah Pada sudut etimologi 'aqada bererti simpul atau ikat
Pada sudut terminologi, ia memberi maksud kepercayaan atau keimanan terhadap hakikat dan nilai-nilai mutlak
Menurut Imam al-Ghazali, ia bermaksud berpegang dan membenarkan dalam hati secara yakin dan pasti tanpa sebrang keraguan dan syak.