Kategorier: Alle - sains - kesenian - tamadun - kebudayaan

af Nuralia Afeefa 5 år siden

866

Pengenalan Ilmu Tamadun

Tamadun merujuk kepada pembangunan masyarakat yang melibatkan pelbagai bidang seperti ekonomi, politik, sosial, dan seni bina. Tokoh-tokoh seperti Ibn Khaldun, Arnold Toynbee, dan Syed Muhammad Naquib al-Attas telah memberikan definisi berbeza mengenai tamadun.

Pengenalan Ilmu Tamadun

Pengenalan Ilmu Tamadun

Nama Ahli Kumpulan

4) Nur Izzati bt Azizi (62215116242)
3) Nurdinie binti Mohd Ridzun (62215116588)
2) Nur Syuhadah binti Mohd Baba (62215116019)
1) Nuralia Afeefa Bt Azman (62215116043)

Ciri-Ciri

Ciri-ciri tamadun adalah seperti berikut : a) Bentuk agama yang tinggi. b) Negara yang tersusun rapi. c) Sistem undang-undang d) Kehidupan bandar. e) Bahasa dan sistem tulisan yang maju. f) Bentuk-bentuk kesenian dan senibina yang istimewa.

Falsafah

Hubungan Tamadun
Budaya

Budaya – tatacara bertindak ke atas persekitarannya dlm mengurus kehidupan bermasyarakat.  Tamadun berbeza daripada budaya apabila: a) Pengaruh dan natijah tamadun berkekalan berbanding pengaruh dan natijah budaya. Cth: kesetiaan kpd maharaja (natijah tamadun) berbeza dgn cara berpakaian dan pemilihan jenis makanan yang berubah (natijah budaya) b) Tamadun melampaui batas kenegaraan dan wilayah sedangkan budaya dikaitkan dengan negara/wilayah. Cth: tamadun Islam mengandungi beberapa budaya mengikut negara

Bangsa

a) Tamadun pula bersifat universal merentasi sempadan geografi dan melampui bangsa dan kebangsaan. b) Terdapat tamadun yg dimiliki oleh lebih drpd satu bangsa spt tamadun Barat di Eropah dan Amerika. c) Tamadun Islam berkembang dgn pelbagai budaya dan bangsa. d) Teorinya, tamadun dan bangsa adalah berkaitan dan tamadun akan melampui batas kebangsaan.

Konsep

3) Syed Muhammad Naquib al-Attas (1931 – )  Tamadun merujuk kepada keadaan kehidupan insan yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat. Malah istilah tamadun sendiri berasal dari istilah din yang bermaksud satu cara hidup atau kehidupan beragama.
2) Arnold Toynbee (1852 – 1883)  Tamadun merupakan sejenis kebudayaan yang berkembang di kota. Tamadun juga satu kumpulan pemikiran daripada pelbagai manifestasi serta satu gaya kebudayaan yang bertanggugjawab dalam pembentukan institusi politik, kesusasteraan, moral dan agama.
1) Ibn Khaldun (732H – 808H)  Tamadun ialah pembangunan bandar yang subur dan makmur dengan pencapaian yang tinggi dalam pelbagai bidang ekonomi, politik, sosial, seni bina termasuk bidang sains seperti aritmetik, algebra, geometri, kimia, perubatan serta puisi dan pengajian Islam.

Definisi

Tamadun juga ditakrifkan sebagai pencapaian dan pembangunan dalam segala perlakuan, pemikiran dan kemajuan contohnya seperti sains dan teknologi, kesenian dan kesusasteraan yang tinggi, luhur, baik, halus dan sopan.
Ibn Khaldun merupakan orang pertama yang membuat kajian khusus tentang tamadun pada kurun ke-14 dalam bukunya al-Muqaddimah li Kitab al-'ibar wa Diwan alMabtada' wa al-Khabar fi Ayyam al-'Arab wa al-'Ajam wa al-Barbar.