Pengenalan Ilmu Tamadun
Nama Ahli Kumpulan
4) Nur Izzati bt Azizi
(62215116242)
3) Nurdinie binti Mohd Ridzun
(62215116588)
2) Nur Syuhadah binti Mohd Baba
(62215116019)
1) Nuralia Afeefa Bt Azman
(62215116043)
Ciri-Ciri
Ciri-ciri tamadun adalah seperti berikut :
a) Bentuk agama yang tinggi.
b) Negara yang tersusun rapi.
c) Sistem undang-undang
d) Kehidupan bandar.
e) Bahasa dan sistem tulisan yang maju.
f) Bentuk-bentuk kesenian dan senibina yang istimewa.
Falsafah
Hubungan Tamadun
Budaya
Budaya – tatacara bertindak ke atas persekitarannya dlm mengurus kehidupan bermasyarakat.
Tamadun berbeza daripada budaya apabila:
a) Pengaruh dan natijah tamadun berkekalan berbanding pengaruh dan natijah budaya.
Cth: kesetiaan kpd maharaja (natijah tamadun) berbeza dgn cara berpakaian dan pemilihan jenis makanan yang berubah (natijah budaya)
b) Tamadun melampaui batas kenegaraan dan wilayah sedangkan budaya dikaitkan dengan negara/wilayah.
Cth: tamadun Islam mengandungi beberapa budaya mengikut negara
Bangsa
a) Tamadun pula bersifat universal merentasi sempadan geografi dan melampui bangsa dan kebangsaan.
b) Terdapat tamadun yg dimiliki oleh lebih drpd satu bangsa spt tamadun Barat di Eropah dan Amerika.
c) Tamadun Islam berkembang dgn pelbagai budaya dan bangsa.
d) Teorinya, tamadun dan bangsa adalah berkaitan dan tamadun akan melampui batas kebangsaan.
Konsep
3) Syed Muhammad Naquib al-Attas (1931 – )
Tamadun merujuk kepada keadaan kehidupan insan yang telah mencapai taraf
kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat. Malah istilah tamadun sendiri berasal dari istilah din yang bermaksud satu cara hidup atau kehidupan beragama.
2) Arnold Toynbee (1852 – 1883)
Tamadun merupakan sejenis kebudayaan yang berkembang di kota. Tamadun juga
satu kumpulan pemikiran daripada pelbagai manifestasi serta satu gaya kebudayaan
yang bertanggugjawab dalam pembentukan institusi politik, kesusasteraan, moral dan
agama.
1) Ibn Khaldun (732H – 808H)
Tamadun ialah pembangunan bandar yang subur dan makmur dengan pencapaian yang
tinggi dalam pelbagai bidang ekonomi, politik, sosial, seni bina termasuk bidang sains
seperti aritmetik, algebra, geometri, kimia, perubatan serta puisi dan pengajian Islam.
Definisi
Tamadun juga ditakrifkan sebagai pencapaian dan pembangunan dalam segala perlakuan,
pemikiran dan kemajuan contohnya seperti sains dan teknologi, kesenian dan kesusasteraan yang
tinggi, luhur, baik, halus dan sopan.
Ibn Khaldun merupakan orang pertama yang membuat kajian khusus tentang tamadun
pada kurun ke-14 dalam bukunya al-Muqaddimah li Kitab al-'ibar wa Diwan alMabtada'
wa al-Khabar fi Ayyam al-'Arab wa al-'Ajam wa al-Barbar.