Categorías: Todo

por Alifff Aiman hace 3 años

655

NIAT

Dalam konteks undang-undang, niat adalah elemen penting dalam menentukan kesahihan sesuatu kontrak atau perjanjian. Hakim perlu mempertimbangkan jenis perhubungan antara pihak-pihak yang terlibat, sama ada hubungan kekeluargaan, sosial, atau perniagaan.

NIAT

NIAT

Apakah Anggapan Yang Perlu Dibuat Oleh Hakim ?

Kedua-dua anggapan ini bagaimanapun boleh disangkal oleh pihak2 itu.
Anggapan undang2 ini bergantung kepada jenis perhubungan antara pihak2, iaitu, sama ada pihak2 itu mempunyai perhubungan kekeluargaan dan sosial ataupun hubungan perniagaan.

Bagaimana Membuktikan Kewujudan Niat ?

Dalam ketiadaan niat yang nyata, mahkamah akan bergantung kepada dua anggapan undang2 ketika memutuskan sama ada pihak2 itu mempunyai niat untuk mengadakan hubungan yang mengikat di sisi undang2.
Niat untuk mewujudkan hubungan di sisi undang2 boleh dinyatakan secara nyata ataupun tersirat.
Untuk mewujudkan kontrak mestilah ada niat yang sama pihak2 berkenaan untuk membuat ikatan undang2. Niat boleh disiratkan daripada perkara pokok perjanjian dan dilafazkan oleh pihak2 berkenaan.

Pendahuluan

Menurut undang2, jika perjanjian didapati tidak mempunyai niat hendak mengikat drpda sudut undang2, maka ia bukan satu kontak yang sah.
Elemen ini tidak diperuntukkan secara jelas dalam akta.

Perjanjian Perniagaan

Perjanjian ini adalah kontrak yang sah kerana diandaikan wujud niat untuk mengikat dari segi undang2. Perjanjian berbentuk perniagaan ini merujuk kepada janji yang mempunyai elemen2 untuk mendapatkan keutungan dan hasil.

Rose & Frank Co lawan JR Crompton & Bros Ltd (1925) AC 445: Sebuah syarikat yang berpengkalan di Amerika Syarikat dan England telah membuat perjanjian di mana perjanjian tersebut menyebut bahawa perjanjian itu tidak tertakluk kepada bidang kuasa undang2 di mahkamah di England atau Amerika Syarikat. Mahkamah memutuskan bahawa perjanjian tersebut menunujukkan bahawa pihak dalam perjanjian tiada niat untuk mewujudkan perhubungan di sisi undang-undang kerana tanggungan undang-undang tidak dikenakan ke atas mereka. Adakalanya, pihak kepada satu perjanjian komersial ingin bebas dari mewujudkan niat yang mengikat di sisi undang-undang. Perkataan seperti “tertakluk kepada kontrak” sering digunakan untuk tujuan menafikan niat. Namun begitu, mahkamah akan melihat kepada keseluruhan fakta kes untuk menentukan sama ada benar-benar wujud niat untuk mengadakan perhubungan di sisi undang-undang di antara pihak yang berkenaan.

Perjanjian Kekeluargaan Domestik Dan Sosial.

Perjanjian ini merujuk kepada perjanjian yang dibuat oleh pihak yang mempunyai hubungan rapat dari segi persaudaraan atau ikatan sosial tanpa ada kecenderungan untuk mewujudkan ikatan perniagaan yang boleh dikuatkuasakan di mahkamah. Contohnya perjanjian antara suami dan isteri serta ibu bapa dan anak.
Contoh Kes

Balfour lawan Balfour (1919) 2 KB 571: Si suami merupakan kakitangan awam yang bertugas di Ceylon. Semasa cuti, si suami dan isterinya telah kembali ke England. Si suami kemudiannya kembali ke Ceylon tetapi isterinya terpaksa tinggal di England atas nasihat doktor. Si suami berjanji untuk memberi kepada isterinya £30 sebulan sebagai saraan sehingga dia kembali semula ke England. Si suami gagal memenuhi janjinya dan isterinya menyaman untuk menuntut bayaran saraan tersebut. Mahkamah menyatakan bahawa tidak wujud kontrak di antara mereka kerana perjanjian di antara kedua-dua pihak adalah berbentuk kekeluargaan iaitu tidak diniatkan untuk mengikat di sisi undang2.