av Alifff Aiman för 3 årar sedan
652
Mer av detta
Rose & Frank Co lawan JR Crompton & Bros Ltd (1925) AC 445: Sebuah syarikat yang berpengkalan di Amerika Syarikat dan England telah membuat perjanjian di mana perjanjian tersebut menyebut bahawa perjanjian itu tidak tertakluk kepada bidang kuasa undang2 di mahkamah di England atau Amerika Syarikat. Mahkamah memutuskan bahawa perjanjian tersebut menunujukkan bahawa pihak dalam perjanjian tiada niat untuk mewujudkan perhubungan di sisi undang-undang kerana tanggungan undang-undang tidak dikenakan ke atas mereka. Adakalanya, pihak kepada satu perjanjian komersial ingin bebas dari mewujudkan niat yang mengikat di sisi undang-undang. Perkataan seperti “tertakluk kepada kontrak” sering digunakan untuk tujuan menafikan niat. Namun begitu, mahkamah akan melihat kepada keseluruhan fakta kes untuk menentukan sama ada benar-benar wujud niat untuk mengadakan perhubungan di sisi undang-undang di antara pihak yang berkenaan.
Balfour lawan Balfour (1919) 2 KB 571: Si suami merupakan kakitangan awam yang bertugas di Ceylon. Semasa cuti, si suami dan isterinya telah kembali ke England. Si suami kemudiannya kembali ke Ceylon tetapi isterinya terpaksa tinggal di England atas nasihat doktor. Si suami berjanji untuk memberi kepada isterinya £30 sebulan sebagai saraan sehingga dia kembali semula ke England. Si suami gagal memenuhi janjinya dan isterinya menyaman untuk menuntut bayaran saraan tersebut. Mahkamah menyatakan bahawa tidak wujud kontrak di antara mereka kerana perjanjian di antara kedua-dua pihak adalah berbentuk kekeluargaan iaitu tidak diniatkan untuk mengikat di sisi undang2.