GROUP 3-PEMILIHAN PASANGAN
Apa peranan seorang isteri?
MEMENUHI KEPERLUAN BATIN SUAMI
- Seorang isteri yang solehah perlu memenuhi seks seorang suami.
- Jika gagal memenuhi tanggungjawab isteri, ini tanpa sebarang sebab yang munasabah(contohnya tidak sihat,uzur,puasa wajib) maka derhaka dan berdosa.
- Rasulullah bersabda ''Apabila seorang lelaki memanggil isterinya ke bilik tidur dan dia ingkar, jikka suami tidur dalam keadaan marah terhadap isterinya, malaikat akan menyumpah isteri sehingga pagi''.
TAAT KEPADA SUAMI
- Menurut Ali Ibn Abi Talhah "Lelaki adalah pelindung dan penjaga wanita, ini bermakna sumai berkuasa keatas isteri. Dengan kata lain isteri patut patuh pada suami, melayan keluarganya dengan baik dan menjaga hartanya".
Apa Hobi Anda Di Masa Lapang
Bertemu janji
- Keluar bertemu janji bersama pasangan untuk lebih intim dan mengenali pasangan
- Untuk lebih tahu apa yang disukai dan minat pasangan masing-masing
Bersenam bersama
Bersenam bersama pasangan untuk lebih mengeratkan lagi hubungan antara suami dan isteri
hobi
Apa Cara Terbaik Untuk Mendidik Anak-Anak?
VIDEO
Elakkan pukul anak dari bahagian lutut ke atas
Kawal diri sebagai ibu-bapa. Elakkan pukul anak dari lutut keatas. Kalau marah sangat, pukul tapak kaki anak. Entri kami sebelum ini juga tentang cara mendisiplinkan anak juga membincangkan perkara yang sama.
Ibu bapa kena jadi contoh dan tunjuk contoh yang baik dulu.
Jangan jadi ketam yang menyuruh anak berjalan lurus. Kalau mahu anak menjaga masa, kita kena tepati masa. Kalau mahu anak pegang pada janji, kita tidak boleh mungkiri janji kita pada mereka. Kalau mahu anak solat, kita kena solat depan matanya. Kalau mahu anak rajin belajar, kita kena tingkatkan budaya membaca dan mencari ilmu dalam keluarga.
Pendek kata, anak-anak tengok kita dan akan ikut cara kita. Cara fikir kita, prinsip hidup, kepercayaan, cara bercakap, cara kita respon terhadap persekitaran, semuanya dilihat dan didengar oleh anak-anak kita. Mereka kutip dan mereka ikut satu persatu.
Dengar bila anak bercakap
Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Dengan kata lain, ‘Be a good listener’. Orang kata, kena juga ada ilmu untuk bercakap dengan anak. Jangan asyik ibu-bapa sahaja yang betul.
Ajar anak solat
Rotan atau pukul anak di telapak kakinya. Pukul seadanya sahaja, bukan dengan amarah yang meluap-luap. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.
Apakah Perkara Yang Disukai Wanita Pada Seorang Suami?
keluarga bh
Ingin dimanja
Perempuan mahukan lelaki yang manja dan boleh memanjakan isteri. Mereka sangat menyukai jika suami dapat memanjakan isteri dengan cara tersendiri
Bertanggungjawab
Lelaki perlu bertanggungjawab setiap apa yang telah berlaku. Jika ada kesilapan dia perlu bertanggungjawab dan memikirkan cara untuk menyelesaikannya.
Beramah soleh
Perempuan mahu lelaki yang menjaga rukun islam dan tidak melakukan perkara yang diharamkan oleh islam
Apakah Peranan Suami
Nafkah
- Si suami juga hendaklah memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya mengikut kemampuannya. Menyediakan keperluan asas kepada si isteri iaitu: makanan yang mencukupi, pakaian mengikut keperluan dan tempat tinggal.
Firman Allah
“Dan kewajipan suami memberi makan dan pakaian kepada isteri dengan cara yang baik.”
(Al-Baqarah:233)
- Suami juga hendaklah memberikan wang yang secukupnya kepada si isteri supaya ia boleh membeli keperluan rumahtangga. Untuk pakaian pula, si isteri berhak untuk pakaian yang sesuai mengikut keadaan dan kemampuan si suami. Si isteri juga berhak untuk mendapatkan tempat tinggal yang selesa, selamat dan sekurang-kurangnya mempunyai keperluan yang minimum.
Pemimpin
- Suami juga bertindak sebagai ketua rumah dalam sesebuah keluarga. Suami bertindak sebagai pemerintah yang bertanggungjawab terhadap pemerintahannya iaitu keluarganya. Suamilah yang akan membuat keputusan yang membabitkan keluarganya
- Suami juga hendaklah bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebajikan orang-orang dibawahan jagaannya, iaitu isteri serta anak-anaknya. Tanggungjawab yang dipikul ini adalah besar, oleh itu si suami hendaklah bersedia untuk memimpin sebuah kerajaan yang dibinanya.
Adil
- Salah satu tanggungjawab utama seorang suami terhadap isterinya (isteri-isteri) ialah mengawal isterinya serta berlaku adil kepadanya kerana isteri itu adalah amanah
- Ini merupakan tunggak utama dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami. Jika si suami dapat menghayati maksud sabda Rasulullah SAW ini, sudah tentu masalah rumahtangga yang banyak berlaku pada zaman ini dapat dielakkan. Suami hendaklah menjaga si isteri dan bukannya memperhambakannya walaupun disebutkan di atas sebagai mengawal isteri.
- Suami hendaklah menjaga si isteri dan bukannya memperhambakannya walaupun disebutkan di atas sebagai mengawal isteri
Didikan agama yang bagaimana anda boleh berikan pada pasangan anda?
Mencari seseorang yang mahir dalam bidang agama
- Jika suami/isteri tidak mampu mengajarkan agama terhadap pasangannya,maka wajib bagi dia mencari seseorang yang dapat mengajar perkara agama kepada suami/isteri.
- Si suami boleh mengizinkan si isteri untuk menghadiri majlis ilmu sehingga isteri boleh belajar perkara agama.
Kewajipan seorang suami terhadap isteri
- Kewajipan seorang suami tidak hanya berkaitan menyediakan nafkah(makan,pakaian,tempat tinggal) tetapi terdapat kewajipan penting yang banyak dilalaikan seorang suami iaitu mendidik dan mengajarkan agama kepada isternya.
- Firman Allah Ta'ala "Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan anakmu dan isterimu dari api neraka, yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya adalah malaikat-malaikat yang kasar, keras dan tidak menderhakai Allah SWT terhadap apa yang diperintahnya kepada mereka dan mereka selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.'' At-Tahrim:6
video
Apa yang anda harapkan daripada pasangan anda dari segi agama?
TEKS 3
Taat pada suami
- Seorang suami adalah pemimpin dalam rumahtangga.
- Firman Allah Ta’ala (kaum laki-laki adalah pemimpin bagi kaum wanita). QS. An Nisa: 34
- Meninggalkan ketaatan kepada suami merupakan dosa besar, sebaliknya ketaatan kepadanya diganjarkan dengan pahala yang sangat besar.
- Sabda Rasulullah SAW ( “Apabila seorang wanita mengerjakan solat lima waktu,berpuasa dibulan Ramadhan,menjaga kemaluannya dan mentaati suaminya maka ia akan masuk syurga dari pintu mana sahaja yang diinginkan).” HR Ibnu Hibban.Disahihkan oleh Al Abani
TEKS 2
Al Kafa’ah (Sekufu)
- Sekufu menurut ulama adalah sebanding dalam agama, nasab (keturunan),kemerdekaan dan pekerjaan.
- Dengan kata lain kesetaraan dalam agama dan status sosial.
- Hadis “Wanita biasanya di nikahi kerana 4 hal,kerana hartanya, kerana kesusukannya, kerana parasnya, dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu pilih kerana agamanya adalah (Islam) sebab kalau tidak demikian nescayanya kamu akan rugi”. Hadis riwayat Bukhari-Muslim.
TEKS 1
Taat pada perintah Allah dan Rasul
- Ini adalah kriteria yang paling penting utama dari kriteria yang lain.
- Allah Ta’ala berfirman,
NAMA KUMPULAN YANG HADIR 19NOV19
Subtopic
- VERA NURMALASARI BINTI MOYO
- NUR IFFA MAHIRAH BINTI MOHD FAIZALL
- NUR SYAZWINA BINTI KAMARUL AZHAR
- MUHAMAD IZZAT FARHAN BIN MUHAMAD SANI
- MUHAMMAD HAZIQ BIN AZHAR