Categorias: Todos - bahasa - kesenian

por Najwa Zaharuddin 4 anos atrás

5481

Sumbangan Tamadun India Kepada Dunia

Tamadun India telah memberikan sumbangan besar dalam pelbagai bidang kepada dunia. Perancangan bandar mereka menunjukkan kecemerlangan melalui pengetahuan dalam geometri, matematik, dan teknologi.

Sumbangan Tamadun India   Kepada Dunia

Sumbangan Tamadun India Kepada Dunia

Sifat Keterbukaan

Hubungan tamadun Indus dengan tamadun Mesopotamia serta tamadun Mesir Purba telah membolehkan kedua-dua pihak memperoleh manfaatnya sama ada dalam bentuk pertukaran teknologi atai seumpamanya
Tamadun Indus telah menunjukkan bahawa sesebuah masyarakat tidak mampu mencapai kecemerlangan tanpa membuat hubungan serta bertukar pandangan dengan pihak lain.

Kesenian

Seni lukis
Candi dan kuil dihiasi dengan lukisan yang menggambarkan unsur-unsur keceriaan dan keagamaan
Seni ukir
Berkait rapat dengan agama

Pembuatan patung, tiang berukir dan seni pahat

Seni halus
Tarian, muzik, drama

Irama ghazal dan qawwali diperkenalkan oleh orang Islam.

Empat kategori alat muzik: tata (tali) avanaddha (dram) ghana (solid/ideophone) susira (angin). Irama (tala) dan melodi (raga) kombinasi muzik yang digunakan serentak

Tarian klasik – Bharata Naytam (dipersembahkan di kuil-kuil di selatan India) dan Kathak dipersembahkan serentak dengan muzik dan drama. Berfungsi sebagai hiburan dan keagamaan

Perancangan bandar

Pemahaman geometri hasil daripada pertembungan tamadun India dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba
Bandar disusun berasaskan bentuk segi empat diikuti oleh jalan raya yang lurus
Kecemerlangan perancanagan bandar merupakan gabungan daripada pelbagai pengetahuan dan pencapaian termasuklah geometri, matematik dan teknologi pembakaran batu
Perancangan bandar yang cemerlang oleh masyarakat Lembah Indus amat memerlukan kefahaman terhadap ilmu geometri, kesenian dan matematik
Keupayaan untuk mewujudkan bandar terancang seperti Mohenjo-Daro dan Harappa memerlukan gabungan kepakaran dari sudut kedudukan bandarnya mahupun dari sudut pengisiannya

Bahasa & Kesusasteraan

Bahasa Sanskrit (bukti penemuan prasasti Talang Tuwo/Kedukan Bukit) dan Tamil berasal daripada tamadun India dan masih digunakan oleh orang India sehingga hari ini.

Sains & Teknologi

Teknologi
Keupayaan melebur logam juga menjadikan perkembangan pesat dalam pembuatan duit-duit syiling yang telah digunakan sejak abad ke-8 M
Batu bata dihasilkan melalui pembakaran dengan suhu yang tinggi
Astronomi
Brahmagupta telah memperkenalkan hukum grativiti dan berjaya menghitung dengan tepat ukur lilit bumi.
Pengetahuan dalam bidang astronomi pula dapat dipetik daripada Rig Veda

Perkiraan astronomi yang digunakan zaman awal untuk menentukan tarikh dan masa bagi upacara pengorbanan

Matematik
Ahli matematik India telah mengetahui tentang konsep geometri - mendorongnya memperkenalkan sistem nombor (angka Brahmin dan angka Kharosti) yang mencecah ke angka perpuluhan.

Seni bina

Seni Islam menggabungkan unsur-unsur seni bina Arab, Parsi dan tempatan.
Taj Mahal (dibina - 1632-1648), Agra
Berupaya membina binaan yang sangat baik dan lengkap-- dapat dilihat melalui binaan Great Bath
Menggunakan tanah liat dalam membentuk patung-patung dan alat-alat perhiasan
Tiang Asoka dibina daripada batu pasir yang dilicinkan
Seni binanya dipengaruhi oleh agama Hindu dan Buddha
Binaan kompleks kuil di Gua Ajanta (mempunyai 20 buah kuil) dan di Gua Ellora (mempunyai 28 buah kuil- gua), Angkor Wat dan Candi Borobudur
Seni bina dipengaruhi oleh persekitaran cuaca yang panas
Batu marmar putih untuk mengurangkan bahang
Jendela kekisi dibuat untuk mengurangkan pancaran cahaya matahari
Binaan, ukiran gua, kuil dan duit syiling.