Categorias: Todos - teknologi - agama

por Nurfarzana Juhaida binti Roszaman 4 anos atrás

939

TAMADUN MELAYU

TAMADUN MELAYU

TAMADUN MELAYU

Nilai

Bertimbang rasa
Orang Melayu sentiasa mengutamakan perasaan orang lain
Orang Melayu tidak mementingkan diri sendiri
Bergotong-royong
Sering diamalkand dalam aktiviti kemasyarakatan
Merupakan sebahagian daripada nilai kebudayaan Melayu
Bermuafakat
Membenarkan semua pihak untuk bersuara
Salah satu cara untuk mendapatkan persetujuan ramai
Bersopan santun, Berbudi bahasa
Masyarakat Melayu beranggapan golongan yang beradab mempunyai budi pekerti yang baik manakala golongan yang tidak beradab dianggap biadap dan kasar
Merupakan sebahagian nilai tamadun Melayu yang dikaitkan dengan adab
Mengutamakan keluarga dan hubungan silaturahim
Orang yang tidak membalas penghormatan yang diberikan akan dipandang rendah
Menggunakan gelaran seperti abang, kakak, ayah dan sebagainya sebagai tanda hormat
Memuliakan orang tua
Pengalaman seseorang amat dipandang tinggi
Berpendapat bahawa golongan berusia mempunyai lebih banyak pengalaman berbanding orang muda
Masyarakat Melayu memberi keutamaan kepada mereka yang berusia
Berpegang teguh kepada adat resam
Contoh: istiadat menyambut kelahiran, perkahwinan dan kematian
Diwarisi dan diamalkan secara turun temurun
Masyarakat Melayu menjaga adat resam termasuk pantang-larang dan adat istiadat
Ketaatan kepada sultan dan menghormati pemimpin
Orang Melayu sangat menghormati pemimpin
Ketaatan dan kesetiaan kepada raja menjadi sebahagian budaya Melayu
Institusi beraja adalah unsur tradisi
Akidah Islam
Taat segala perintah dan meninggalkan segala larangan adalah tuntutan iman
Pandangan semesta tradisional disesuaikan dengan akidah Islam
Iman dan takwa adalah perkara terpenting
Orang Melayu berpegang kepada akidah Islam sebagai asas pandangan semesta

Asas-Asas Tamadun Melayu

Tamadun Melayu Selepas kedatangan Islam
Agama Islam dibawa ke alam Melayu melalui

Karya pada zaman itu

Sulalat al-Salatin ( Sejarah Melayu)

Hikayat Hang Tuah

Adat Raja-Raja Melayu

Undang-Undang Laut Melaka

Hukum Kanun Melaka

Hikayat Amir Hamzah

Hikayat Raja-Raja Pasai

Alim Ulama

Raja Ali Haji

Wali Songo

Abdul Samad al-Falimbani

Yusuf al-Makasari

Syeikh Daud al-Fatani

Arshad al-Banjari

Hamzah Fansuri Alim Ulama

Laluan Sutera(perdagangan darat) ke Tanah Besar China dan perdagangan laut ke Kawasan Asia Tenggara

Laluan perdagangan darat ke benua kecil India dahulu sebelum sampai ke kawasan Asia Tenggara.

Laluan perdagangan laut dari Tanah Arab dan Parsi.

Kesultanan Melayu Melaka,Acheh, Pasai, Perlak, Patani dan Johor-Riau Linnga = Pusat keintelektualan dan pusat persuratan Melayu.
Istana & Masjid = tempat perkembagan ilmu dan Agama Islam .
Tamadun Islam= kegemilangan Tamadun Melayu
Bahasa Melayu = bahasa lingua Franca, Bahasa Agama dan Bahasa Ilmu.
Hukum kanun Melaka dan undang-undang laut Melaka = berlandaskan sistem perundangan Islam dan adat resam Melayu.
Batu Bersurat Terengganu : Kerajaan & Sistem perundagan Islam wujud di tanah melayu seawal 1303M
Tamadun Melayu Sebelum kedatangan Islam
2 Empayar besar = Empayar Funan & Empayar Srivijaya.
Kerajaan Melayu awal menunjukkan pengaruh Hindu-Budhha.
Masyarakat Melayu menghasilkan Tamadun awal di rantau Asia Tenggara melalui penguasaan teknologi Maritim.
Terbuka kepada idea-idea baru
Tamadun Melayu : Raja sebagai pemimpin,golongan ulama, pembesar dan petani.
Bermesyuarah = Kesaksamaan ahli
Kebolehan menyesuaikan nilai- nilai luar

Konsep Melayu

Alam Melayu
Kedudukan Alam Melayu yang berada di laluan ekonomi yang utama iaitu Selat Melaka, Selat Sunda dan Laut China Selatan telah memboleh komunikasi perdagangan antarabangsa yang lebih cekap berlaku, berbanding Laluan Sutera yang merentasi Siberia yang sangat mencabar.
Kawasan rumpun Melayu adalah meliputi seluruh Negara Indonesia, Filipina, Brunei, Singapura dan Malaysia. Sedang di Thailand, Wilayah Melayu adalah seluruh Semenanjung hingga Ratchaburi, 100km di Selatan Bangkok. Tenasserim (Tanah Seri) di Myanmar juga termasuk kawasan Melayu.
Dr Burhanuddin al-Helmy mengatakan seluruh Gugusan Kepulauan Melayu termasuk Tanah Melayu, Indonesia dan Filipina adalah Daerah Melayu.
Gelaran / Panggilan Melayu
“Kemelayuan” mengandungi erti “nilai anutan” dan “jati diri Melayu”.
Melayu” dimaksudkan sebagai satu rumpun bangsa Melayu yang menggunakan bahasa Melayu.
Istilah Melayu terdapat dua pengertian, iaitu “Melayu” dan “Kemelayuan”.
Melayu Dalam Perlembagaan
Mengamalkan adat istiadat Melayu
Berbahasa Melayu
Beragama Islam

Pandangan Semesta

Cara kehidupan
Kedatangan Islam menjadikan golongan bawahan mula dihormati
Islam mengangkat taraf manusia dan menyamakan kedudukan mereka di sis Alllah SWT
Dilakukan sejak individu itu lahir ke dunia sehingga kematiannya
Sistem Keluarga
Ibu bapa menghayati pelbagai adat dan budaya Islam untuk mendidik anak-anak
Membina keluarga berasaskan ajaran Islam
Mengutamakan pembentukan jati diri Melayu yang baik, bergama, beraklah dan berbudi
Politik/Pentadbiran
Sultan diamanahkan mentadbir seluruh negeri
Rakyat mempunyai hak bersuara untuk mengubah sistem beraja
Gelaran raja ditukar kepada sultan
Perundangan
Peruntukan tentang kuasa-kuasa perundangan, pentadbiran dan kehakiman mengikut politik Islam
Berpandukan piagam madinah
Bahasa/Sastera
Bahasa Melayu menjadi lingua franca
Menggunakan tulisan jawi dan Arab
Aktiviti pendidikan berlangsung di istana, di rumah-rumah ulama, masjid, madrasah dan surau
Perhatian banyak diberikan kepada ilmu syariah yang meliputi bidang usuluddin, fiqah dan tasawwuf
Agama/Kepercayaan
Selepas kedatangan Islam

Rukun Islam dan Rukun Iman

Selepas kedatangan agama Hindu-Budha

Budha-Mahayana dan Hindu, Trimurti Hindu dan Budha, HindBudha, Siva-Budha

Sebelum kedatangan agama Hindu-Budha

Animisme, Dinamisme, mitos, legenda

Pengaruh Islam
Kehidupan yang seimbang antara jasmani, rohani dan akal
Menghormati maruah dan martabat manusia
Keyakinan kepada pembalasan yang baik bagi amalan yang baik dan sebaliknya
Islam
Dibentuk berasaskan habluminallah (berbuat baik kepada Allah) dan habluminannas (berbuat baik kepada manusia)
Hindu Budha
Aspek-aspek falsafah dan penghujahan yang rasional tidak ditekankan
Aspek-aspek yang dipentingkan ialah kesenian, keindahan, keromantisan, kesedihan, keagungan dan ketakjuban
Animisme
Roh nenek moyang dinamakan 'hyang' dan dipercayai masih berada dalam kalangan mereka serta dipercayai boleh mempengaruhi mereka
Mempercayai setiap benda mempunyai jiwa, roh atau semangat yang mempunyai perwatakan sendiri, sama ada membawa kesan baik atau buruk

Pencapaian

Pendidikan
Kelahiran intelek Melayu

Dalam bidang falsafah dan agama Wujud naskhah melayu dan manuskrip

Sultan kuasai pendidikan Islam

Sultan memerintahkan ulaman terjemah dan tulis kitab

Institusi pendidikan agama Islam

Ulama membuka kelas di rumah untuk orang awam

Formal dan tak formal

Tak formal - bermula dari rumah, diajar oleh ibu bapa

Sains dan teknologi
Tekstil dan warna

Canting batik dan mesin tenun

Binaan

Rumah panjang, kubah, masjid Kampung Laut

Pertanian

Bajak dan saliran air

Sains ukuran, timbangan dan sukatan

Ukuran - jengkal, hasta, depa Timbangan - mayam, saga Sukat - cupak, gantang Masa - purnama, musim

Kesenian
Seni kulinari

Acar buah, rendang, gulai, nasi dagang, nasi kerabu

Seni tenun, sulaman dan anyaman

Songket, tekat, seledang, tikar, terendak

Seni pertukangan

Rumah, senjata, perahu

Seni bela diri

Silat gayong, silat cekak, silat lincah

Seni ukir dan khat

Mimbar masjid, ukiran kayu, ukiran tembaga

Seni muzik

Gamelan, Cak Lempong, Kompang

Seni tari

Zapin, Mak Yong, Inang

Persuratan
Selepas Islam

Sastera kitab, ketatanegaraan, historiografi, kitab perubatan, astronomi, matematik

Sebelum Islam

Bentuk sastera lisan dan hikayat - Mitos, lagenda, mergastua, ungkapan

Pengenalan

Asal usul bangsa Melayu
Secara amnya terdapat 2 teori mengenai asal-usul bangsa Melayu iaitu: Bangsa Melayu Berasal daripada Yunnan (Teori Yunnan) Bangsa Melayu Berasal daripada Nusantara (Teori Nusantara)

Teori Nusantara

Beberapa teori yang menyokong: Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara. K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa (Kemboja). Baginya, persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena "ambilan" Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa. Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian. Bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah).

Teori ini didukung oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf.

Teori Yunnan

Beberapa alasan yang menyokong: Kapak Tua yang serupa dengan Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk daripada Asia Tengah ke Kepulauan Melayu. Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam (Berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar). Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Dengan lebih lanjut lagi, penduduk di Kemboja mungkin berasal daripada dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunan.

Teori ini disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar.