Kategorier: Alla - kesehatan - islam

av group 2 för 5 årar sedan

383

qynaelleputeri@gmail.com

Dalam Islam, semua jenis minuman pada dasarnya adalah halal, namun dalam kondisi tertentu, mereka dapat menjadi haram. Penting bagi umat Islam untuk berhati-hati dalam memilih dan mengonsumsi minuman, terutama dari tempat yang tidak jelas status halalnya.

qynaelleputeri@gmail.com

TOPIK: MINUMAN HARAM

PANDANGAN

P5

Pada hemat saya, seseorang individu muslim seharusnya mengkaji dahulu minuman yang akan diambil kerana implikasi minuman yang memabukkan mampu menyebabkan seseorang itu hilang kewarasan mental dan fizikalnya serta melupakan tanggungjawab asasnya.

P4

Pada pandangan saya, minuman haram akan menjejaskan kesihatan kerana kandungan minuman tersebut mengandungi zat-zat atau nutrisi yang menjejaskan kesihatan penggunanya.

P3

pada pandangan saya, seorang muslim haruslah menjaga makanan dan minuman yang diambil kerana setiap makanan dan minuman yang masuk ke dalam badan akan menjadi darah daging yang mempengaruhi keperibadian seorang muslim.

P2

Pada pandangan saya, umat islam perlu berwaspada dan mengambil kira ramuan dalam minuman kerana ia mungkin mengandungi bahan-bahan yang terlarang dalam islam.

P1

Pada pandangan saya, umat Islam haruslah berhati hati dalam membeli sesuatu minuman kerana dikhuatiri haram terutama apabila membeli di kedai kedai yang tidak diiktiraf statusnya (sama ada halal atau haram)

VIDEO

video 5
video 4
video 2
video 1

LINK

L5
L4
L3
L2
L1

https://dalamislam.com/makanan-dan-minuman/minuman-haram

TEKS

T5

Jika dilihat dari penggunaannya, dapat diklasifikasikan menjadi beberapa kriteria sebagai berikut;

a) Jika makanan atau buah-buahan mengandung alkohol alami, maka hukumnya boleh diminum. Seperti dalam buah duren, jeruk, nangka, dsb. Akan tetapi jika difermentasikan dengan membiarkan sehingga alkoholnya meningkat dan memabukkan, maka hukum meminumnya haram.

Syaikh Yusuf Qardhawi menerangkan: Makanan-makanan yang disebutkan dalam hadits seperti anggur, korma, madu, jagung, serta gandum bukanlah benda-benda haram. Kemubahan benda-benda semacam ini juga berdasarkan keumuman nash-nash al-Qur’an yang membolehkan manusia menikmati apa saja yang ada di muka bumi ini, kecuali makanan-makanan yang diharamkan untuk dikonsumsi. Sehingga lahir kaedah ushul fiqh, “Asal segala sesuatu adalah mubah, selama tidak ada dalil yang mengharamkannya.” Akan tetapi ketika makanan-makanan yang mubah ini (jagung, korma, jagung, dan lain-lain) diproses dengan proses tertentu, ia menghasilkan ‘benda lain yang memabukkan’ (khamer). Maka Allah mengharamkannya karena sudah berubah menjadi dzat yang memabukkan.

b) Makanan yang mengandung alkohol tinggi (khamr). Maka Hal ini jelas kedudukan hukumnya haram, karena termasuk dalam kategori khamr. Seperti roti yang dibuat dari adonan yang dicampur dengan rhum dengan kandungan alkohol 30%. Contohnya di kue-kue ultah impor semisal Butter Rhum Cake.

c) Alkohol yang termasuk dalam kategori khamr jika digunakan sebagai campuran berbagai macam aneka makanan olahan, maka hukumnya diharamkan. Hal ini karena memanfaatkan benda yang haram maka hukumnya haram pula. Dengan demikian dapat disimpulkan tentang kedudukan hukumnya dengan melihat kepada unsur alkohol yang dicampurkan ke dalam makanan tersebut. Jika termasuk unsur yang memabukkan maka mengkomsumsinya hukumnya haram, baik kadarnya sedikit maupun banyak.

Diharamkan menurut kesepakatan para ulama meminum air yang dicampur dengan khamer. Karena unsur khamer hakekatnya tidak akan hilang dengan dicampur pada benda lain. Maka peminumnya harus dita’zir (diberi peringatan) dan mendapat hukuman had apabila kandungan khamer lebih banyak dari air. Hal ini serupa dengan pendapat madzhab Hanafi yang mengharamkan memakan roti yang diadon dengan khamer. (DR. Wahbah Zuhaili, Alfiqh Al-Islami wa Adilatuhu)

d) Makanan hasil peragian yang mengandung alkohol seperti dalam pembuatan tape, maka kedudukan hukumnya didasarkan kapada penelitian. Jika ternyata makanan tersebut termasuk jenis yang memabukkan maka dihukumi haram, akan tetapi jika tidak memabukkan maka diperbolehkan untuk mengkomsumsinya. Sedangkan jika membiarkan makanan hasil peragian tersebut hingga beberapa hari sehingga alkoholnya meningkat dan memabukkan, maka hukumnya haram dikonsumsi. Sebagaimana hukum yang berlaku dalam perasaan buah yang dibiarkan selama beberapa hari. Nabi Shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda:

“Minumlah itu (juice) selagi ia belum keras.” Sahabat-sahabat bertanya: Berapa lama ia menjadi keras? Ia menjadi keras dalam tiga hari, jawab Nabi. (H.R. Ahmad diriwayatkan dari Abdullah bin Umar).

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam Al-Fatawa Al-Kubro menyimpulkan dari hadits di atas bahwa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam dan Para Sahabatnya Radhiyallahu ’anhum biasa meminum perasan anggur sebelum menjadi keras, yaitu sebelum berlalu tiga hari. Akan tetapi ketika berlalu tiga hari dan perasan tersebut telah mengeras, maka beliau tidak lagi meminumnya karena akan menyebabkan mabuk.

e) Syubhat (samar-samar) tentang keberadaannya. Perkara yang syubhat sebaiknya ditinggalkan karena ketidakjelasan hukumnya.

Imam An Nawawi Rahimahullah berkata: Syubhat artinya ketidakjelasan atau kesamaran, sehingga tidak bisa diketahui halal haramnya sesuatu secara jelas. Karena ketidakjelasan, maka kebanyakan manusia tidak mengenalnya dan tidak mengetahui hukumnya.

T4

Memperdagangkan Arak

Rasulullah tidak menganggap sudah cukup dengan mengharamkan minum arak, sedikit ataupun banyak, bahkan memperdagangkan pun tetap diharamkan, sekalipun dengan orang di luar Islam. Oleh karena itu tidak halal hukumnya seorang Islam mengimport arak, atau memproduser arak, atau membuka warung arak, atau bekerja di tempat penjualan arak.

Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. pernah melaknatnya, yaitu seperti tersebut dalam riwayat di bawah ini:

"Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerasnya, (2) yang minta diperaskannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya." (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)

Setelah ayat al-Quran surah al-Maidah (90-91) itu turun, Rasulullah s.a.w. kemudian bersabda:

"Sesungguhnya Allah telah mengharamkan arak, maka barangsiapa yang telah mengetahui ayat ini dan dia masih mempunyai arak walaupun sedikit, jangan minum dan jangan menjualnya." (Riwayat Muslim)

Rawi hadis tersebut menjelaskan, bahwa para sahabat kemudian mencegat orang-orang yang masih menyimpan arak di jalan-jalan Madinah lantas dituangnya ke tanah.

Sebagai cara untuk membendung jalan yang akan membawa kepada perbuatan yang haram (saddud dzara'ik), maka seorang muslim dilarang menjual anggur kepada orang yang sudah diketahui, bahwa anggur itu akan dibuat arak. Karena dalam salah satu hadis dikatakan:

"Barangsiapa menahan anggurnya pada musim-musim memetiknya, kemudian dijual kepada seorang Yahudi atau Nasrani atau kepada tukang membuat arak, maka sungguh jelas dia akan masuk neraka." (Riwayat Thabarani)


T3

Proses membuat tapai ini dinamakan Proses Penapaian di mana yeast atau ragi tersebut menukarkan karbohidrat kanji di dalam pulut atau ubi menjadi glukos di samping pembebasan air, karbon dioksida dan pelbagai vitamin lain sebagai hasil sampingan.  Proses penukaran karbohidrat kepada glukos ini tidak terhenti disitu kerana ragi /yeast akan terus menukarkan glukos yang terbentuk kepada etanol.


Daripada penjelasan ini bermakna, tapai ubi / pulut yang telah diperam selama 2 atau 3 hari tersebut telah mengandungi  air, glukos, etanol selain vitamin dan produk lain. Persoalannya ialah adakah tapai ini haram dan najis kerana kandungan di dalamnya adalah menyamai dengan minuman bir??


Jawapan kepada persoalan ini ialah tapai pada usia 2 atau 3 hari ini adalah halal  kerana ia bukan sesuatu yang memabukkan. Kalau minum / makan tapai dengan kuantiti banyak  pun memang ia tidak memabukkan. Tapai pada usia ini iaitu 2 atau 3 hari hanya mengandungi sedikit kandungan alkohol etanol namun kandungan etanol dalam tapai ini adalah lebih tinggi daripada nasi yang sudah berumur hampir 24 jam.


Apabila tapai pulut atau tapai ubi ini dibiarkan pada suhu bilik untuk beberapa hari lagi, lebih banyak karbohidrat kanji ditukarkan kepada glukos dan etanol. Tapai yang sudah berusia 6 hari rasanya walaupun manis namun terdapat rasa yang tidak enak dan rasa ini sebenarnya adalah disebabkan rasa etanol. Pada usia tapai 6 hari ini, kandungan etanol di dalam tapai boleh menjangkau lebih daripada 6 atau 7 peratus iaitu menyamai kandungan etanol di dalam bir. Sekiranya kita makan tapai ini bersama airnya dalam kuantiti satu gelas besar, insya-Allah muka akan menjadi warna kemerahan dan kepala mula pening dan inilah yang dikatakan MABUK. Pada tahap ini tapai yang asalnya adalah harus telah menjadi haram kerana ia memabukkan.


Bagi mereka yang ingin sekali minum arak, mereka selalu berhujah “saya tahu bir memabukkan tetapi kalau saya minum sedikit bir pastinya ia tidak memabukkan”. Persoalan seperti ini adalah persoalan yang diajarkan oleh syaitan semoga manusia minum bir.


Jumhur ulamak telah memutuskan bahawa “setiap yang apabila diminum banyak memabukkan, maka sedikit pun adalah diharamkan.” Berdasarkan ketetapan ini maka bir adalah diharamkan sama ada ia diminum sedikit atau pun banyak.

T2

Terdapat banyak kesan-kesan buruk yang disebut oleh para ulama akibat daripada pengambilan makanan dan minuman yang haram, antaranya ialah –

Pertama : hilang keberkatan dalam hidup. Kesan daripada pengambilan makanan dan minuman yang haram akan menghilangkan keberkatan dalam hidup dan juga harta benda, sekalipun perolehannya nampak baik, namun tidak kekal lama. Hidup pula tidak bahagia dan jiwa sentiasa gelisah tidak tenang, malah hidup penuh dengan berbagai masalah.

Kedua : doanya tidak diterima oleh Allah SWT. Kesan daripada pengambilan makana dan minuman yang haram, doanya tidak akan diterima oleh Allah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Seseorang lelaki melakukan perjalanan yang jauh, rambutnya kusut-masai, mukanya berdebu, menadah kedua belah tangannya ke langit dan berdoa : Ya Rabbi! Ya Rabbi! Pada hal makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan mulutnya disuapkan dengan yang haram, maka bagaimanakah akan diterima doanya itu?” (HR Muslim)

Ibnu Abbas berkata bahawa Saad bin Abi Waqas berkata kepada Nabi Muhammad SAW : “Wahai Rasulullah! Doakanlah untukku supaya menjadi orang yang diterima doa-doanya oleh Allah.” Lalu Rasulullah SAW menjawab, “Wahai Saad, perelokkanlah makanan kamu nescaya akan diterima doa kamu, demi Tuhan yang diri Muhammad berada di tangan-Nya, bahawa seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan yang haram ke dalam rongganya, nescaya tidak akan diterima amalannya selama 40 hari.” (HR At-Tabarani)

Ketiga : dagingnya akan dibakar dalam neraka. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Tiap-tiap daging yang tumbuh dari benda yang haram, maka neraka lebih utama untuknya.” (HR Tirmizi)

Keempat : hati menjadi keras. Imam Ahmad ditanya bagaimana cara melembutkan hati. Beliau menjawab, dengan memakan makanan yang halal. Perlu diingatkan bahawa hati merupakan anggota dalaman yang sangat penting dalam tubuh manusia, baik atau rosaknya anggota zahir adalah berpunca dari hati, justeru Rasulullah SAW sangat memberi penekanan terhadap hati, sebagaimana sabdanya, “Ketahuilah bahawa dalam tubuh badan terdapat seketul daging yang apabila baik, nescaya baiklah seluruh tubuh badan dan apabila ia rosak, nescaya rosaklah seluruh tubuh badan, ketahuilah, itulah hati.” (HR Bukhari dan Muslim)


T1

Minuman Haram Dalam Islam

Pada dasarnya semua minuman yang dikonsumsi manusia adalah halal namun dapat menjadi haram hukumnya disebabkan oleh kondisi tertentu. Minuman haram adalah minuman yang dilarang diminum oleh umat islam karena mudharatnya lebih besar dari manfaatnya. Minuman yang diharamkan dalam islam dapat dikarenakan sifatnya maupun dzatnya. Seseorang yang minum minumam haram tentunya berdosa dan dapat menyebabkan berbagai masalah. Minuman tersebut haram dikarenakan beberapa sebab diantaranya adalah :